REVIEW: MISSHA NEAR SKIN TOTAL CERAMIDE
- Cik Jojo

- 13 Jan 2020
- 3 min membaca
Updated: 23 Okt 2020
Hai semua! Post review hari ini ialah berkenaan produk moisturiser. Kebanyakan orang suka mengambil mudah tentang produk moisturiser, padahal ianya adalah produk asas terpenting dalam penjagaan kulit wajah kita. Missha Near Skin Total Ceramide Cream ini diformulasikan khas untuk membaiki dan menguatkan skin barrier. Untuk pengetahuan, skin barrier manusia terbina daripada gabungan ceramide, lipids, dan molekul larut lemak (fat-soluble molecules) yang dapat menghalang kehilangan air daripada kulit dan menghindarkan kemasukan bakteria. Kulit manusia boleh kehilangan ceramide melalui peningkatan umur, cuaca ekstrem, penjagaan dan penggunaan produk penjagaan kulit yang salah, dan faktor-faktor luaran yang lain macam pencemarah. Kadang kala perkara seperti ini terjadi diluar kawalan kita. So, produk-produk yang mengandungi ceramide amat bagus digunakan dalam rutin penjagaan wajah untuk membaiki skin barrier yang telah rosak contohnya seperti MISSHA NEAR SKIN TOTAL CERAMIDE cream ini.
Fungsi utama produk ini adalah untuk membantu membaiki dan menguatkan skin barrier dapat dilihat ketara selepas 28 hari (between hari ke 4 hingga ke 28 pun dah boleh nampak perubahannya secara beransur-ansur). Apa yang menarik tentang produk ini adalah ianya BEBAS daripada alkohol, parabens, fragrance, dan silicone! Walau bagaimanapun, untuk mereka yang amat mudah mendapat liang pori-pori tersumbat, pertimbangan yang teliti perlu dilakukan sebelum menggunakan produk ini. Ini kerana ianya mengandungi 4 ingredients yang MUNGKIN boleh mengakibatkan liang pori-pori tersembat seperti Butylene glycol, Cetearyl alcohol, Hydrogenated polyisobutene, dan Hydrogenated vegetable oil. Walau ianya bersifat MUNGKIN boleh membuatkan liang pori-pori tersumbat, sebenarnya ia bergantung juga kepada penerimaan, sesesuaian dan tolerate kulit individu.
Kami telah membuat observation dengan memberikan sample kepada volunteer yang mempunyai KULIT NORMAL, KULIT KOMBINASI, KULIT KERING, KULIT MATANG dan KULIT SENSITIF. Kesemua volunteer tidak menunjukkan sebarang masalah selepas menggunakannya selama 4 minggu. Walau bagaimanapun, untuk mereka yang mempunyai masalah FUNGAL ACNE, produk ini TIDAK SESUAI kerana ianya mempunyai ingredients seperti Glyceryl stearate, Shea butter, Cetearyl olivate, Sorbitan olivate dan Meadowfoam seed oil. Berikut adalah jadual dan senarai ingredients terbaik yang ada dalam produk ini;
Untuk pengetahuan, tekstur cream moisturiser ini tidak melekit sekaligus menjadikannya amat sesuai digunakan pada waktu siang. Paling bestnya produk ini ialah lepas mengoleskan pada kulit wajah, ianya memberikan efek dewy (muka licin ala glass skin macam wanita Korea). So, ia menjadikannya perfect untuk mereka yang tidak suka mengenakan makeup atau hanya bermakeup nipis. Walau bagaimanapun, untuk mereka yang menggunakan makeup, penggunaan cream moisturiser ini tidak memberikan sebarang issue dan boleh digunakan bersama. So, pilihan bergantung kepada diri sendiri.
Daripada observation yang dilakukan, produk ini sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai KULIT NORMAL, KULIT KOMBINASI, KULIT MATANG, dan KULIT KERING. Ini kerana produk moisturiser Missha Near Skin direka khas untuk kulit-kulit jenis ini yang mempunyai pelbagai jenis ceramides baik seperti ceramide NP, ceramide EOP, dan ceramide AP di samping kehadiran PHA (seperti Maltobionic Acid) yang dapat memberikan exfoliate dengan sangat gentle. Akan tetapi, produk ini mungkin TIDAK SESUAI untuk mereka yang mempunyai KULIT DEHYDRATED dan KULIT TERALU KERING sebab kelembapan yang diberikan mungkin tidak mencukupi. Ia juga TIDAK SESUAI untuk mereka yang mempunyai KULIT BERMINYAK kerana efek dewy (glass skin) yang diberikan selepas dioleskan pada wajah mungkin ada yang tidak selesa. Untuk KULIT SENSITIF, ianya MUNGKIN boleh digunakan kerana mempunyai kandungai PHA (seperti Maltobionic Acid) iaitu exfoliator yang sangat gentle berbanding AHA dan BHA, TETAPI pengguna berkulit sensitif harus peka terhadap 4 ingredients yang boleh membuatkan liang pori-pori tersumbat.
Untuk yang berminat dengan produk moisturiser ini, boleh cepat-cepat beli sebab cream ini selalu sold out dan kalau kuantitinya limited di platform online seller, kadang kala harganya boleh jadi lebih tinggi. Jangan risau, menurut senarai ingredients produk ini, ia TIDAK memberikan rasa merengsa (irritating) mahupun kemerahan (redness), malah kulit terasa sangat selesa sepanjang hari. Pilihan di tangan pengguna, dan kalau nak cuba mesti tak menyesal malah gerenti akan beli banyak untuk buat stock macam kami. Oh ya, produk ini didatangkan dalam pek 50ML dalam bentuk tube yang sangat hygenic berbanding produk dalam pek jar. Harganya boleh didapati sekitar RM55 hingga RM65 (menggikut ketetapan online sellers di pelbagai e-commerce platform). Tapi, kalau nak lebih selamat, terjamin boleh dapatkan harga yang menarik kat SINI.
Kesimpulannya, untuk mereka yang inginkan efek dewy (kulit licin ala glass skin), produk Missha Near Skin Total Ceramide ini adalah sangat highly recommended di samping dapat membaiki dan menguatkan skin barrier serta memberikan kelembapan kulit. Highly recommended! Selamat mencuba. Jika ada sebarang pertanyaan, boleh email kepada kami di info@nureaa.com.




![[SHARING IS CARING] SALAH SATU INGREDIENT BAIK UNTUK JERAWAT YANG JARANG DIBINCANGKAN](https://static.wixstatic.com/media/d8a30b_12935769408b4b1494cf14adec8c2cad~mv2.png/v1/fill/w_940,h_788,al_c,q_90,enc_avif,quality_auto/d8a30b_12935769408b4b1494cf14adec8c2cad~mv2.png)

Komen