top of page

REVIEW: MIZON PEPTIDE 500

  • Writer: Cik Jojo
    Cik Jojo
  • 4 Mei 2020
  • 4 min membaca

Updated: 23 Okt 2020

Hai semua! Jumpa lagi dalam post review produk. Untuk post review kali ini, produk terbaik yang akan direview adalah serum MIZON PEPTIDE 500. Peptide adalah ingredient yang wajib ada dalam rutin penjagaan wajah – sama ada untuk mereka yang ingin melawan tanda awal penuaan mahupun mereka yang kini berada pada umur 20an, dan 30an. The earlier the better! Untuk pengetahuan, Mizon Peptide 500 ini adalah antara produk hype yang sering direkomendasikan oleh ramai skincare lovers di seluruh dunia. Malah, produk ini juga antara yang terlaris di Korea Selatan. Kalau berminat untuk mengetahui tentang produk serum ini, fungsi, ingredient superstar, harga, dan mana nak dapat, teruskan membaca post ini ya.

Fakta pertama yang membuatkan produk serum ini sangat unik dan sekaligus menjawab kepada persoalan kenapa ianya sangat berkesan dan most people yang gunakannya akan repeat order ialah MIZON PEPTIDE 500 ini mengandungi 45% kandungan PEPTIDE! Ia adalah antara percentage produk serum yang mengandungi peptide tertinggi di pasaran! Bayangkan ingredient superstar ada almost half of a bottle dalamnya! Lagi menambahkan kebaikan produk ini ialah ianya BEBAS daripada alcohol, fragrance dan essential oil.

Claim produk serum Mizon Peptide 500 ini merangkumi beberapa aspek anti-aging. Ia dapat mengawal elastin dan kolagen pada kulit kita, di mana ianya sangat penting dalam menegangkan kulit dan menyingkirkan oksigen aktif yang mengalakan proses penuaan kulit sekaligus memberikan tekstur kulit yang lembap dan elastik. Essential Factor Solution (EFS) yang terdapat dalam produk serum ini dapat menyerap dengan cepat ke dalam kulit. Mizon Peptide 500 ini mengandungi high concentration peptide yang mendorong pertumbuhan kolagen dan elastin di samping melindungi kulit daripada oksigen radikal bebas dan menganjalkan kulit wajah. Hyaluronic acid yang terdapat dalam produk ini juga dapat membantu kulit mengekalkan hydration sepanjang hari.

Untuk pengetahuan, walaupun produk serum Mizon Peptide 500 ini paling bagus untuk SEMUA JENIS KULIT, kesan dan bukti paling ketara dapat dilihat pada mereka yang mempunyai KULIT MATANG. Sebab itulah ianya sesuai untuk semua jenis kulit dan digalakkan penggunaannya sebelum mencapai kulit matang. Ini kerana, produk serum Mizon Peptide 500 diformulasikan untuk boost youthful sel kulit, dan penggunaannya dalam rutin penjagaan wajah sejak dari peringkat awal umur 20an, 30an, malah 40an adalah sangat-sangat disarankan.

Fungsi serum Mizon Peptide 500 ini termasuklah mengurangkan penampilan garis-garis halus pada wajah, kedutan dan kekurangan keanjalan kulit. Hasil penggunaa produk serum ini dapat meningkatkan tekstur kulit lebih MUDA, LICIN, dan SIHAT. Untuk makluman, ingredients penting dalam produk serum ini adalah Acetyl Hexpeptide-8 yang membantu meningkatkan pertumbuhan sel kulit baru dan memberikan hydration yang tinggi kepada kulit. Selain itu, kehadiran Palmitoyl Pentapeptide-4 pula dapat merangsang kolagen semulajadi kulit kita untuk meningkatkan keanjalannya. Berita adalah beberapa ingredients utama yang lain dalam produk superstar ini;

Mengikut jadual di atas, terdapat 5 ingredients yang powerful diformulasikan untuk menghasilkan produk serum Mizon Peptide 500 ini. Tekstur serum ini sangat ringan dan seperti air jernih sahaja. Paling best produk ini TIDAK mempunyai bau dan warna. Ia didatangkan dalam botol kaca berwarna hijau gelap dengan pipet dropper yang kemas. Disebabkan teksturnya yang ringan seperti air, ia dapat menyerap dengan cepat dan terus ke dalam kulit. Ia juga tidak meninggalkan rasa melekit (greasy feeling). Paling penting sekali produk serum daripada Mizon ini TIDAK memberikan masalah breakouts mahupun sebarang masalah lain apabila menggunakannya. Nah, lihat sahaja ingredientsnya yang begitu powerful tetapi bagus untuk semua jenis kulit dan kondisi kulit.

Daripada observation menggunkan produk ini, hasil yang didapati sama seperti claim produk! Produk ini telah gunakan selama 14 hari dan hasil produk ini mula menampakkan perubahan yang positif (you can tell that, really!). Walau bagaimanapun jangka masa untuk dapatkan hasil produk ini tergantung kepada kulit individual, di mana mengikut percaturan kami adalah di antara 10 hari hingga 30 hari (between tempoh ini). Hasil yang digunakan ke atas KULIT KOMBINASI dan KULIT BERMINYAK daripada observation ini, kami dapati memang benar TIADA sebarang abnomality atau skin issue yang timbul. Perkara paling ketara adalah produk serum Mizon Peptide 500 ini dapat MENEGANGKAN dan MENGANJALKAN kulit wajah, GARIS HALUS PUDAR terutamanya disekitar bahagian bawah mata dan tepi mulut, PARUT JERAWAT yang mempunyai lekukan tidak dalam dapat diperbaiki (ini disebabkan oleh agen penggalak collagen dan elastin yang tinggi dalam produk ini), dan kulit wajah lebih LEMBAB atau plump!

Maklumat tambahan, produk serum ini boleh digunakan ketika membuat layering pada rutin penjagaan wajah. So, ianya tidak menjadi sebarang masalah atau tidak mempunyai konflik dengan penggunaan beberapa produk skincare lain. TETAPI, cuba ELAKKAN penggunaan VITAMIN C, dan range of ACIDS ketika penggunaan produk peptide. Ini kerana, ingredient superstar dalam produk peptide boleh degrade (menggunakan fungsinya) disebabkan telah di overshadow oleh active ingredients lain. Kalau nak guna bersama tiada masalah, cuma hasil penggunaan peptide mungkin dapat dilihat dalam jangka masa yang sangat panjang daripada yang sepatutunya atau mungkin juga tidak berkesan. So, pertimbangkan point ini ya!

Untuk mereka yang berminat mendapatkan produk serum Mizon Peptide 500 ini, harga di pasaran adalah sekitar RM68 hingga RM140. Ianya dijual hanya pada botol bersaiz 30ML sahaja. Perbezaan harga ini disebabkan oleh online seller yang berbeza-beza. Untuk perbandingan, harga sebenar di Korea Selatan adalah sekitar USD17.89 (converted in RM76.50). So, pertimbangan untuk membeli produk ini bergantung kepada trusted sellers yang boleh di dapati kat SINI disamping OFFER terbaik!. Ingat tau, jangan biarkan diri terperangkap dengan scammer atau produk counterfeit (fake produk) yang sangat berleluasa. Buatlah pembelian yang bijak. Sekiranya ada sebarang kemusykilan atau pertanyaan, boleh email kepada kami di info@nureaa.com.

Komen


Post: Blog2_Post
bottom of page