top of page

REVIEW: NEOGEN REAL FERMENT MICRO ESSENCE 93% MICRO BIO FERMENT COMPLEX

  • Writer: Cik Jojo
    Cik Jojo
  • 6 Apr 2020
  • 4 min membaca

Updated: 23 Okt 2020

Hai semua! Untuk review produk hari ini ia berkaitan dengan ESSENCE! Bila sebut tentang essence tentu ramai yang terfikirkan SK-II Facial Treatment Essence (with Pitera) tu, betul tak? Sebenarnya, terdapat banyak produk essence yang bagus, berkualiti dan setanding SK-II di pasaran! Antara yang disebut-sebut menjadi produk dupe atau saingan kepada SK-II adalah NEOGEN REAL FERMENT MICRO ESSENCE 93% MICRO BIO FERMENT COMPLEX. Pernah dengar atau tidak tentang produk ini? Kalau nak tau, produk essence ini agak popular dikalangan beauty skincare lovers. Apa yang menarik dan special tentang essence ini, post review ini menerangkan lanjut mengenainya.

Apa itu essence? Essence adalah produk penjagaan wajah yang sangat ringan seperti air dan digunakan selepas cleansing. Ia sangat membantu dalam mempersiapkan kulit wajah untuk step seterusnya dalam rutin penjagaan wajah serta memberikan tapak hydration kepada kulit. Selalunya, pengguna suka menggunakan toner untuk memberikan keseimbangan pH kulit selepas cleansing, tetapi sejak kehadiran essence, ada yang lebih suka menggunakan essence berbanding toner, malah ada yang menggunakan kedua-duanya sekali. Tiada teknik yang betul mahupun salah, ia bergantung kepada preference dan pendapat pengguna terhadap kulit individual (masing-masing).

Apa itu proses fermentation? Proses ini dikenali sebagai penapaian. Proses pernapaian atau fermentation ini sering digunakan dalam pembuatan arak dan untuk sesetengah makanan. Walau bagaimanapun, penapaian atau fermentation untuk menghasilkan produk skincare adalah BERBEZA. Proses penapaian dalam skincare digunakan untuk memecahkan ingredients besar dan kompleks kepada unsur atau consistency yang lebih kecil dan mudah memberikan penyerap terus ke dalam kulit wajah. Menurut pihak Neogen, Real Ferment Micro Essence ini dibuat 93% daripada penapaian mico bio yang kompleks. Produk essence ini diperbuat daripada ingredients seperti Bifida Ferment Lysate, Saccharomyces Ferment Filtrate, Betula Alba Juice, Rice Ferment Filtrate and Aspergillus Ferment. Proses penapaian untuk skincare dilakukan bertujuan untuk menghasilkan secara natural ingredient seperti amino acids, vitamins, dan antioxidants yang sangat baik untuk kulit.

Pertama sekali, jom kita lihat dahulu claim produk ini. Pada packaging produk tertera claim yang ringkas dan padat iaitu essence ini memberikan hydration yang sangat tinggi dan mendalam kepada kulit, menjadikan tekstur kulit lebih licin, SERTA mencerahkan kulit wajah. So, technically ada 3 claim utama. Nampaknya seperti sangat menjanjikan kesan yang efektif. Jom baca lagi.

Produk essence dari Neogen ini dibotolkan dalam botol kaca yang lutsinar dan mempunyai efek holographic! Packaging nya nampak sophisticated dan classy dengan harga yang berpatutan. Label berwarna biru muda dan lengkap dengan informasi produk dalam dwibahasa iaitu bahasa Korea dan bahas Inggeris menjadikan produk ini sangat menyakinkan pembeli.

Tekstur produk NEOGEN Real Ferment Micro Essence ini sangat ringan. Consistency produk ini sama seperti air bersih yang lutsinar. Paling best, walaupun produk ini terhasil daripada proses penapaian, ianya TIDAK BERBAU langsung (bau alcohol pun tidak ada), juga TIDAK mengandungi FRAGRANCE. So, betullah proses penapaian untuk skincare sangat berbeza berbanding proses penapaian untuk makanan dan minuman.

Walaupun consistency produk sama seperti air bersih, ia mengandungi pelbagai ingredients yang sangat baik untuk kulit wajah. Produk essence ini BEBAS daripada ALKOHOL, FRAGRANCE, dan ESSENTIAL OIL. So, semua jenis kulit pun boleh gunakan produk ini termasuklah mereka yang mempunyai kulit sensitif. Antara ingredients utama yang terkandung di dalam Neogen Real Ferment Micro Essence ini adalah;

Kalau kita lihat ingredients utama produk ini, sangat banyak manfaatnya kepada kulit. Ini kerana terdapat anti-acne yang bagus menghapuskan dan meredakan jerawat seperti Niacinamide, antioxidant seperti Camellia sinensis leaf extract dan cysteine, agen brightening macam Aspergillis ferment dan Rice ferment filtrate, merangsang pertumbuhan sel, dan beberapa agen yang menenangkan kulit. Wow! Sangat wow bila dilihat pada aspek ingredients, memang tiada bantahan kerana ingredient utama adalah yang top-top untuk mencerahkan kulit, melembutkan kulit dan hydration sepanjang hari. Patutlah essence dari Neogen ini menjadi antara persaing rapat kepada SK-II. Essence dari Neogen ini juga cuma gunakan dalam kuantiti yang sangat kecil untuk disapukan (ditepuk-tepuk) keseluruhan wajah. JIMAT, tentunya YA!

Walaupun produk essence ini sangat sesuai dan bagus digunakan untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif, PERHATIAN kepada mereka yang mempunyai masalah FUNGAL ACNE harus mengelakkan daripada menggunakan produk ini. Ini kerana ingredients yang terhasil daripada proses penapaian amat mudah dan sangat senang untuk trigger pertumbuhan jerawat jenis fungal acne. Jadi, hati-hati dan lebih teliti dengan kulit sendiri ya!

Penggunaan produk ini setakat 3 bulan menunjukkan kesan yang sangat-sangat puas hati! Kulit wajah didapati agak ketara perubahannya terutama sekali kesan brightening dan tekstur. Kulit yang ada parut jerawat jenis gelap telah hilang dan sekata dengan warna kulit, parut jerawat yang sedikit berlekuk sudah nampak sedikit plump, warna kulit yang kusam atau nampak letih bertukar menjadi lebih cerah dan berseri, dan keanjalan kulit juga dipertingkatkan dengan bukti licin dan padat apabila disentuh. Ini disebabkan juga dengan kehadiran ingredient probiotic yang menguatkan kulit wajah.

Untuk pengetahuan, produk essence ini boleh digunakan dalam pelbagai cara dan teknik, so yes ia ada produk yang sangat versatile. Berikut adalah 5 cara atau teknik yang bagus untuk kulit.

  1. Menggantikan toner. Ya, ada orang suka gunakan essence berbanding toner. So, tiada masalah untuk menggunakan essence pada step toner selepas cleansing. Walau bagaimanapun, untuk mereka yang sukakan kedua-dua produk, ESSENCE harus digunakan terlebih dahulu dan diikuti dengan TONER.

  2. Sebagai produk tambahan kepada step moisturising. Just campurkan essence dia antara step toner dan ampoule atau serum.

  3. Campurkan essence dengan powder treatment. Disebabkan essence ni sangat ringan dan boleh menembusi terus ke dalam kulit dengan cepat, penggunaannya dengan produk powder treatment seperti Vitamin C akan memberikan boost manfaat kedua-dua produk kepada kulit wajah. Vitamin C tersebut jugak dapat di deliver dengan baik dan cepat ke dalam kulit. So, untuk sesiapa yang ingat mendapat kulit cerah dengan effort berganda, teknik ini sangat-sangat sesuai dan selamat dilakukan.

  4. DIY Mask. Kalau nak lakukan teknik ini, boleh beli thin pads macam Pyunkang Yul 1/3 cotton pads atau mana-mana cotton pads yang serupa dengannya. Letakkan essence dalam kuantiti yang kecil, dan tekapkan kepada kulit wajah selama lebih kurang 5 minit.

  5. Teknik 7-skins. Kalau kulit terlalu kering atau dehydrated, boleh lakukan 7 kali layering produk essence ini kepada kulit wajah. Ianya tidak memberatkan wajah malah dapat memberikan hydration yang sangat tinggi sepanjang hari.

Untuk mereka yang sangat berminat nak mencuba Neogen Real Ferment Micro Essence iaitu produk dupe SK-II tetapi berharga lebih murah, ia dibotolkan hanya dalam saiz 150ML dan berharga sekitar RM 51hingga RM180 (bergantung kepada trusted sellers dan online platform tertentu). Kami sarankan untuk melihat perbandingan harga di SINI untuk banyak harga yang kompatetif. Produk ini juga sering ada PROMOSI, OFFER, SALES, dan sering sahaja sold out kalau di luar Malaysia). Jika ada sebarang pertanyaan, boleh email kepada kami di info@nureaa.com.

Komen


Post: Blog2_Post
bottom of page