REVIEW: PURITO CENTELLA GREEN LEVEL BUFFET SERUM
- Cik Jojo

- 22 Jun 2020
- 4 min membaca
Updated: 27 Nov 2020
Hai semua! Siapa yang tak kenal dengan brand PURITO yang juga berasal dari Korea Selatan ni kan? PURITO adalah brand yang sangat popular bukan sahaja di Korea Selatan tetapi juga di seluruh dunia di kalangan skincare lover tau! Disebabkan oleh popularitinya, post review kali ini kami mencari produk line mereka yang terbaik, terlaris dan tentunya berkesan! Among them, we found PURITO CENTELLA GREEN LEVEL BUFFET SERUM. Ya, kali ini jom baca produk review serum dari PURITO yang ramai orang claim holy-grail product. Menarik, nak jugak tau apa yang bestnya kan. Jom baca review ni ya.
Seperti biasa, jom kita lihat dahulu claim produk ini. PURITO Centella Green Level Buffet Serum menjanjikan claim seperti berikut;
Mengurangkan garis halus dan kedutan pada kulit wajah
Menguatkan skin barrier
Membaiki skin barrier yang rosak
Melindungi kulit wajah daripada menjadi cepat rosak
Menenangkan kulit wajah
Bila dibelek-beleh pada packaging produk ini, memang diakui ianya berkualiti dari segi material pembuatan, produk dibotolkan dalam botol plastik high-grade pump. Pump botol produk ini sangat kukuh walaupun bermuncung tirus, sekaligus menjadikan produk ini hygienic dan mudah digunakan. Warnanya sama seperti Mizon Peptide 500 iaitu hijau gelap dengan tulisan berwarna putih. Packaging sekunder adalah kotak berwarna coklat yang boleh direcycle semula. So, thumbs up PURITO!
Penggunaan produk serum ini juga sangat-sangat menjimatkan! Hanya gunakan sekali pump sudah mencukupi untuk seluruh kulit wajah! Serum PURITO Centella Green Level Buffet ini mempunyai bau yang sangat menenangkan yang cukup nipis (tidak kuat), dan baunya seperti herbal yang kadang kala ada sedikit bauan mint (pudina). Don’t worry! Bau daripada serum ini datangnya daripada kombinasi ingredients ekstrak natural dan bukannya dari synthetic fragrance. So, jangan teragak-agak untuk guna, it’s a nice product.
Tekstur produk serum PURITO Centella Green Level Buffet ini lebih pekat atau tebal (thicker) berbanding produk serum lain di pasaran. Walaupun agak tebal, serum ini menyerap dengan sangat cepat dan TIDAK meninggalkan sebarang rasa melekit (greasy) dan ianya terasa sangat-sangat selesa selepas dioleskan kepada kulit wajah. Pengguna akan mendapati kulit sangat perfectly-balanced selepas menggunakan produk serum ini TANPA rasa ketat (tightness). So, ianya tidak menjadi masalah jika dalam rutin penjagaan nak buat layering atau gunakan produk skincare lain. That’s another good point untuk pertimbangkan serum ini.
Untuk mereka yang mempunyai kondisi kulit wajah mudah rasa merengsa (irritating), PURITO Centella Green Level Buffet Serum ini sangat-sangat membantu dan memberikan kesan yang cukup baik. Kenapa? Kerana produk ini mengandungi high concentration Centella Asiatica yang tinggi berbanding banyak produk di pasaran! Kami juga telah membuat observation terhadap mereka yang mempunyai kulit sensitif dengan menggunakan produk serum ini. Produk PURITO Centella Green Level Buffet Serum ini dioleskan ke atas kulit mereka termasuk di bahagian irritated skin. Hasilnya, tiada ada sebarang rasa ketat (tightness) atau merengsa (irritating) ataupun ketidakselesaan (discomfort) yang berlaku sejurus selepas serum tersebut menyerap ke dalam kulit. Observation ini dilakukan sekitar 10-15 minit selepas penggunaan dan ianya tidak menunjukan sebarang reaksi negative. So, kami membuat kesimpulan yang produk ini memang dapat menenangkan kulit yang bermasalah macam rasa merengsa, gatal, burning sensation, pedih dan sakit akibat keradangan jerawat. So, claim product dari PURITO Centella Green Level Buffet Serum adalah benar dan kami juga mengesyorkan penggunaan produk ini untuk SEMUA JENIS KULIT terutamanya mereka yang mempunyai KULIT SENSITIF, dan mereka yang menghadapi kondisi KULIT MATANG, KULIT BERJERAWAT, dan SENSITISED SKIN (kulit menjadi sensitif disebabkan penggunaan produk yang tidak sesuai). Dengan penggunaan PURITO Centella Green Level Buffet Serum ini ia dapat meredakan malah menghilangkan rasa negatif tersebut. Paling best produk ini tidak membuatkan liang pori-pori tersumbat (clogged pores)
Observation kami diteruskan selama 3 minggu dengan penggunaan produk ini pada rutin siang dan malam tanpa menggunakan produk-produk lain selain cleanser,moisturiser dan sunscreen. Kali ini kami memerhatikan mereka yang mempunyai KULIT KERING, KULIT NORMAL, KULIT KOMBINASI dan kondisi KULIT MATANG dan KULIT DEHYDRATED. Hasilnya, walaupun hanya dengan rutin penjagaan paling asas dan penggunaan PURITO Centella Green Level Buffet Serum ini, kumpulan yang terlibat dalam observation ini hampir semua menunjukkan hasil yang begitu memuaskan terutamanya dari segi HYDRATION yang bertepatan dengan keperluan kulit masing-masing. Maksudnya, produk ini meningkatkan hydration kulit mengikut jenis kulit dan kondisi kulit. So, pengguna tidak perlu berasa risau kalau hydration tidak mencukupi atau kurang. Kesan paling ketara yang direkodkan oleh mereka yang mempunyai KULIT KERING ialah bahagian kulit mereka yang mengelupas pada sekitar dagu dapat diatasi hanya dalam masa 2 hari.
Kalau dilihat pada hasil yang produk ini dapat lakukan, ia berhasil mengatasi beberapa masalah kulit mengikut jenis kulit dan kondisi kulit. Macam automatic fix the problem dan boleh nampak efek ‘GLASS SKIN’ temporary sejurus mengoleskannya. So, produk ini sesuailah untuk mereka yang tak pasti nak beli produk apa untuk masalah kulit, atau untuk mereka yang takut tersalah beli produk boleh cuba gunakan produk PURITO Centella Green Level Buffet Serum ini. Apa yang membuatkan serum ini sangat sesuai dengan semua jenis kulit dan kondisi kulit ialah tentulah formulasi dan ingredientnya! Untuk pengetahuan, produk serum ini adalah BEBAS daripada Parabens, Ethanol, PEG, Phthalate, Silicone dan Synthetic Fragrance. Suka tak? Berikut adalah ingredients utaman produk ini;
NAH! Nampak tak ingredient utama produk ini mengandungi sangat banyak dan penuh dengan ingredients SUPERSTAR! Kalau kita pecahkan ingredients mengikut kumpulan, produk ini mengandungi ANTI-ACNE seperti niacinamide, ANTIOXIDANT macam centella asiatica sebanyakan 49% dan asiaticodie, AGEN MERANGSANG PERTUMBUHAN SEL KULIT BARU macam niacinamide, adenosine, palmitoyl hexapeptide-14, palmitoyl tripeptide-1, palmitoyl tetrapeptide-7, AGEN BRIGHTENING seperti niacinamide, dan pancratium maritimum extract, AGEN TERBAIK UNTUK SKIN BARRIER macam glycerin, arginine, ceramide NP, dan sodium hyaluronate, dan AGEN YANG MENENANGKAN KULIT macam centella asiatica, panthenol, camellia sinensis leaf extract, alteromonas ferment extract, dan dipotassium glycyrrhizate. Dengan pecahan mengikut kumpulan seperti ini dapat dilihat claim produk dan fungsi adalah selari, sekaligus memberikan confirmation terhadap hasil yang didapati melalui observation yang dilakukan.
Untuk mereka yang berminat untuk mencuba produk serum PURITO Centella Green Level Buffet, ianya hanya dijual dalam botol bersaiz 60ML. Harga produk ini adalah di antara RM45 hingga RM90. Untuk makluman, harga pasaran (by average) adalah USD17.09 (bersamaan RM73). So, terpulang kepada pembeli untuk membeli produk ini di mana, hanya pastikan produk original dan bukannya re-pack kecil atau produk counterfeit (fake) yang boleh memudaratkan kulit wajah. Untuk lebih terjamin dan selamat, boleh buat perbandingan harga di SINI. Sekiranya ada sebarang kemusykilan atau pertanyaan, boleh email kepada kami di info@nureaa.com.




![[SHARING IS CARING] SALAH SATU INGREDIENT BAIK UNTUK JERAWAT YANG JARANG DIBINCANGKAN](https://static.wixstatic.com/media/d8a30b_12935769408b4b1494cf14adec8c2cad~mv2.png/v1/fill/w_940,h_788,al_c,q_90,enc_avif,quality_auto/d8a30b_12935769408b4b1494cf14adec8c2cad~mv2.png)

Komen