REVIEW: REAL CHEMISTRY LUMINOUS 3-MINUTES PEEL
- Cik Jojo

- 10 Feb 2020
- 3 min membaca
Updated: 23 Okt 2020
Hai semua! Produk review hari ini ialah satu produk menarik bernama LUMINOUS 3-MINUTES PEEL dari REAL CHEMISTRY. Secara fizikalnya, ia nampak menarik kerana produk claim memberitahu ianya sangat bagus untuk menyingkirkan sel kulit mati dan kotoran yang tidak terlihat melalui biji-biji mikro yang kecil. So, untuk mengetahui produk ini dengan lebih lanjut sama ada ianya berbaloi atau tidak, jom kita lihat dahulu fungsi utama produk ini.
Produk Real Chemistry Luminous 3-Minutes Peel ini adalah kategori exfoliator. Ia dikenali sebagai protein peel yang dapat memberikan kesan lembut pada wajah selepas menggunakannya. Tekstur peel ini seperti gel dan berwarna lutsinar serta tidak mempunyai bau. Apa yang menariknya tentang produk ini ialah ia BEBAS daripada sebarang acid. Kebanyakan chemical peel di pasaran menggunakan alpha hydroxy acid atau ringkasnya AHAs dan BHA. So, untuk mereka yang mempunyai masalah tak boleh nak tolerate dengan acid atau kulit mudah sensitif terhadap produk acid, produk ini mungkin boleh menjadi alternatif yang baik sebagai exfoliator. Ini kerana produk Real Chemistry Luminous 3-Minutes Peel dapat menyingkirkan sel kulit mati dengan lembut tanpa menekan dengan kuat ketika melakukan exfoliating, sekaligus dapat menyekatakan bahagian kulit yang agak kasar tanpa memberikan rasa merengsa (irritating) kepada kulit sensitif.
Seperti exfoliator lain di pasaran, produk ini boleh digunakan sekali seminggu. Untuk menggunakannya, oleskan lapisan nipis produk ke atas kulit wajah yang telah dibersihkan dan dikeringkan. Urutkan kulit wajah secara membulat secara perlahan-lahan untuk menyingkirkan segala kotoran yang terpada pada wajah. Dengan melakukan teknik seperti ini, ia secara mudah dapat mengeluarkan kotoran degil dan sel kulit mati, pengguna akan dapat melihat bijian mikro putih/kelabu yang terbentuk hasil daripada urutan tersebut. Jangan lupa membilas kulit wajah dengan mild cleanser dengan air suam untuk membersihkan sepenuhnya sisa kotoran yang tertinggal.
Produk ini tidak mempunyai ingredients yang terlalu panjang, which is good. Tetapi kita perlu melihat apakah ingredients utama untuk dipadankan dengan claim produk ini. Berikut adalah ingredients utamanya;
2 ingredients utama yang sangat baik dalam produk ini iaitu Glycerin dan Hyaluronic acid. Walau bagaimanapun, terdapat 2 jenis preservative kontroversial yang perlu dipertimbangkan iaitu Diazolidinyl urea dan Dmdm hydantoin. Walaupun terdapat beberapa teori negatif mengenai preservative ini, faktanya masih belum terbukti dan penggunaan 2 ingredients ini masih lagi selamat, terkawal dan tidak dibanned dari mana-mana negara.
Bila baca ingredient dah rasa turn off, kan? Tapi nanti dulu. Jom kita tengok keberkesanan produk exfoliator ini. Untuk memberikan review yang jujur, kami menggunakan 6 kumpulan dari KULIT SENSITIF, KULIT BERMINYAK, KULIT KOMBINASI, KULIT KERING, KULIT MATANG dan KULIT REMAJA. Sample sebanyak 20ML diberikan kepada setiap mereka untuk digunakan selama 4 minggu dengan penggunaan selama 20 minit bagi setiap sesi exfoliating (seperti yang disarankan oleh pengeluar). Keputusan daripada sesi exfoliating ini adalah seperti berikut:
Jadual keputusan menunjukkan variasi keberkesanan produk mengikut 6 jenis kumpulan kulit. Kesan paling ketara dan baik untuk semua jenis kulit adalah ianya dapat menghilangkan kulit kusam dan menjadikan kulit glowing berseri di samping dapat memberikan kelembapan dan hydration yang diperlukan kulit. Selain itu, kesan baik lain yang dialami oleh kebanyakan jenis kulit adalah kulit menjadi lebih sekata dan tekstur kulit dapat dibaiki di samping dapat memudarkan atau menghilangkan parut jerawat berwarna gelap. Hanya mereka yang mempunyai kulit sensitif, kulit kering dan kulit kombinasi yang bersetuju sepenuhnya produk ini dapat membersihkan liang pori-pori dan sel kulit mati, dan jenis kulit yang lain seperti berminyak, kulit remaja dan kulit matang mempunyai pengalaman yang sedikit berbeza.
Daripada sesi ini boleh diringkaskan yang produk Real Chemistry Luminous 3-Minutes Peel ini tidak memberikan rasa merengsa, kemerahan mahupun gatal-gatal kepada semua jenis kulit. Produk ini sangat berbaloi untuk mereka yang ingin mendapatkan kulit glowing, menghilangkan parut jerawat, dan meningkatkan kelembapan kulit selain menyingkirkan kotoran dan sel kulit mati dan membaiki tekstur kulit menjadi lebih licin sekata. Jangan kata kami sahaja yang telah mengakuinya, malah Meghan Markle pun ada menyenaraikan produk ini dalam 40 produk pilihan yang diterbitkan oleh Good Housekeeping (baca di link ini: 40 Cheap Beauty Products Meghan Markle Swears By)
Untuk mereka yang berminat, produk ini didatangkan dalam pek 50ML yang berharga di antara RM130 hingga RM160. Walaupun harganya agak sedikit mahal berbanding produk lain di pasaran, melihatkan kepada keberkesanan dan efektifnya produk ini, rasanya ianya sangat bersesuaian. Tetapi awas dengan produk tiruan sama ada yang terlampau murah mahupun terlampau mahal, juga produk re-packaging semula. Untuk kepastian, boleh check di sini harga-harga semasa. Jangan lupa untuk melakukan pertimbangan yang bijak ya! Jika ada sebarang pertanyaan, boleh email kepada kami di info@nureaa.com.





![[SHARING IS CARING] SALAH SATU INGREDIENT BAIK UNTUK JERAWAT YANG JARANG DIBINCANGKAN](https://static.wixstatic.com/media/d8a30b_12935769408b4b1494cf14adec8c2cad~mv2.png/v1/fill/w_940,h_788,al_c,q_90,enc_avif,quality_auto/d8a30b_12935769408b4b1494cf14adec8c2cad~mv2.png)

Komen