top of page

REVIEW: THE ORDINARY AZELAIC ACID SUSPENSION 10%

  • Writer: Cik Jojo
    Cik Jojo
  • 24 Okt 2020
  • 3 min membaca

Updated: 13 Dis 2020

Hai semua! Post review kali ini kami ingin membuat satu review menarik tentang produk yang agak under rated dikalangan pengguna skincare di Malaysia. Mungkin produk ini tidak war-warkan atau diketahui ramai akan keberkesanan ingredientnya terhadap “skin of colour”. THE ORDINARY adalah satu brand yang cukup popular disebabkan oleh harganya yang sangat mampu milik atau boleh dikatakan murah, yang mempunyai kesan efektif. Terdapat terlalu banyak produk dari THE ORDINARY yang popular dan sering menjadi sebutan di Malaysia tetapi tidak untuk produk yang satu ini. Kami bersepakat untuk membuat review produk THE ORDINARY AZELAIC ACID SUSPENSION 10% kerana ianya sanga efektif dan patut dicuba oleh mereka yang tergolong dalam kumpulan “skin of colour”. Untuk pengetahuan, “skin of colour” merujuk kepada mereka yang mempunyai warna kulit gelap, sawo matang, brown, atau senang cakap non-Caucasian. Nak tau produk ini sangat bagus untuk skin concern yang mana mana? Selamat membaca!

THE ORDINARY AZELAIC ACID SUSPENSION 10% ini berfungsi dalam membantu kulit “skin of colour” untuk mendapat hasil yang CERAH, MENYEKATAKAN TONA KULIT, di samping meningkatkan dan MEMBAIKI TEKSTUR KULIT, serta mengurangkan masalah JERAWAT. Produk ini boleh dikatakan mempunyai multi-functional support ingredients yang sangat sesuai untuk SEMUA JENIS KULIT. Selain itu, produk ini sangat-sangat efektif sebagai antioxidant. Salah satu penyumbang kepada keberkesanan produk ini ialah ia diformulasikan dengan Azelaic Acid yang berkepekatan tinggi sebanyak 10% dengan tekstur yang sangat ringan (lightweight).


Apa yang kami suka tentang THE ORDINARY ini ialah ia sangat teliti dalam memberitahu pengguna tentang kandungan percentage active ingredients di dalam produk-produk mereka. Untuk pengetahuan, THE ORDINARY AZELAIC ACID SUSPENSION 10% ini adalah BEBAS daripada alcohol, fragrance, essential oils, dan colourant. Produk ini mempunyai tekstur di antara cream dan gel (it’s in the between), dengan consistency yang sedikit tebal (thickness) tetapi ringan (lightweigt) dan mudah disapukan pada kulit wajah. Ia berwarna putih dan tidak berbau mahupun melekit.


Keberkesanan produk THE ORDINARY AZELAIC ACID SUSPENSION 10% ini bergantung kepada ingredient utamanya sebagai ANTI-ACNE (anti-jerawat) melalui Azelaic Acid 10.0% , ANTIOXIDANT macam Tocopherol dan SOOTHING AGENT seperti Azelaic Acid 10.0%. Walau bagaimanapun, produk ini mengandungi Dimethicone iaitu sejenis silicone yang paling biasa dijumpai dalam banyak formulasi produk kecantikan. Dimethicone ini lah yang menjadikan kulit lembut dan sekata serta membina protective barrier. Selain itu, ia dapat memberikan kulit wajah nampak lebih plump secara instant dengan menutupi garis halus dan kedutan pada wajah. Untuk mereka yang tidak sukakan kehadiran silicone dalam produk kecantikan, produk ini mungkin perlukan pertimbangan yang sewajarnya.

Selain itu, Azelaic Acid juga mempunyai fungsi yang sama seperti Benzoyl Peroxide dan Sulfur, di mana ianya SANGAT EFEKTIF dalam menangani MASALAH JERAWAT. Kesemua ingredients ini termasuklah Azelaic Acid mempunyai sokongan dan terbukti melalui kajian saintifik. Yang menarik tentang Azelaic Acid ini ialah ia dapat bertindak ke atas hyperactive melanocytes dimana sintesis DNA adalah pantas. Ia juga dapat menanmbahkan electron kepada Thioredoxin yang mana boleh mengaktifkan Tyrosinase dan membantu membina DNA. So, mungkin ada di kalangan pengguna yang tidak sesuai dengan Benzoyl Peroxide (atau mungkin ianya terlalu harsh dan powerful), jika ia terjadi bolehlah bertukar kepada Azelaic Acid yang lebih mild tetapi powerful dalam memberikan kesannya sehinggakan ibu mengandung/hamil juga boleh menggunakan Azelaic Acid ini. Ia juga dapat mengelakkan masalah burning ke atas kulit jerawat (contohnya, sesetengah orang mungkin mendapat kulit terbakar atau sedikit gelap di kawasan yang digunakan Benzoyl Peroxide), so Azelaic Acid ini adalah alternatif terbaik. Mungkin juga ada yang sudah mencuba Benzoyl Peroxide tetapi tidak berhasil (sebab memang ada segelintir orang yang tidak sesuai), so boleh cuba Azelaic Acid ini ya.

Untuk mereka yang berminat dengan produk yang sangat-sangat murah dan efektif dari THE ORDINARY ini, jangan lupa dapatkannya di pelbagai platfrom terutamanya trusted seller di shopee. Ia hanya boleh dan terjual pada saiz 30ML sahaja dengan harga di antara RM32 hingga RM55 (tergantung kepada seller) Cuba elakkan re-pack atau fake product ya!. Lagipun produk ini sangat murah, efektif dan tidak memberikan side efek. Apa nak lagi, kan? Cubalah, pasti pengguna akan menyukainya. Jika ada sebarang kemusykilan dan pertanyaan, boleh email kepada kami di info@nureaa.com.

Comments


Post: Blog2_Post
bottom of page