top of page

REVIEW: THE ORDINARY SQUALANE CLEANSER

  • Writer: Cik Jojo
    Cik Jojo
  • 24 Feb 2020
  • 3 min membaca

Updated: 23 Okt 2020

Hai semua! Untuk review post hari ini, ianya daripada brand yang disukai ramai iaitu The Ordinary. Produk dari The Ordinary yang akan kita review dan bincangkan adalah SQUALANE CLEANSER. So, ada sesiapa yang pernah gunakan cleanser ini tak? Kalau belum dan berminat nak tau mengenainya, jom baca lanjut post ini okay! Sebelum itu, suka diingatkan yang KESEMUA produk The Ordinary ini didatangkan dalam standard packaging sahaja. Deciem (pengeluar brand The Ordinary) ini TIDAK PERNAH mengeluarkan produk bersaiz mini atau trial pek untuk dijual. Sila elakkan daripada menggunakan produk re-pack kerana keselamatan dan hygiene yang tidak sama standard seperti kilang pembuatan original daripada Deciem. Ia juga boleh mempengaruhi keberkesanan sesuatu produk itu, sama ada tidak berkesan atau memberikan kesan yang negatif. Brand ini menjadi sasaran daripada beratus brands lain dipasaran untuk produk fake yang dijual dalam beberapa platform online, jadi berhati-hati ya. Utamakan keselamatan dan hygiene sesuatu produk ya!

Apa yang menarik tentang Squalane Cleanser ini ialah ianya sangat MURAH, SIMPLE formulation, dan melakukan kerjanya dengan baik terhadap SEMUA JENIS KULIT WAJAH. So, kalau ada yang mencari produk untuk ciri-ciri ini, The Ordinary adalah jawapan paling tepat. Squalane Cleanser ini sangat lembut dan mempunyai formulasi yang sangat teliti dalam membersihkan kulit wajah terutamannya sisa kotoran yang terperangkap dalam liang pori-pori, penggunaan produk sunscreen pada siang hari dan makeup. Pendek kata, ianya satu kumpulan dengan oil cleansing. Berikut adalah senarai utama ingredients yang baik terdapat dalam produk ini;

Untuk makluman, produk Squalane Cleanser ini BEBAS daripada alcohol, fragrance, dan essential oil. Squalane Cleanser ini diformulasikan bersama dengan pelbagai lipophilic esters lain yang terdapat dalam produk ini. Campuran yang menghasilkan Squalane Cleanser ini dapat membersihkan makeup, sunscreen dan kotoran lain pada kulit wajah dengan berkesan dan tanpa meninggalkan kotoran degil. Paling menarik, produk ini bukan sahaja membersihkan kulit wajah malah dapat memberikan kelembapan tanpa mengeringkan kelembapan asli yang ada pada kulit. Produk ini mempunyai gabungan kesan baik dari antioxidant, exfoliant, cleansing dan soothing.

Produk Squalane Cleanser ini berwarna putih, bertekstur seperti balm tetapi bila dioleskan dengan sekata pada tapak tangan (lakukan di antara 20 hingga 30 saat), ianya akan bertukar seperti oil consistency, dan tidak mempunyai bau. Bila consistency telah berubah daripada balm ke oil consistency, barulah boleh menyapukan kepada kulit wajah. Lakukan urutan kepada kulit wajah secara membulat di antara 2 hingga 5 minit atau sehingga kotoran dapat dibersihkan (berapa lama nak mengurut kulit wajah ni bergantung kepada pengguna tetapi jangan kurang daripada 60 saat). Ini kerana pada 60 saat pertama, oil-like yang terhasil baru dapat menembusi kulit dan liang pori-pori sahaja. Dan selepas 60 saat, urutan membulat dapat menjalankan kerjanya dengan baik iaitu memerangkap sisa makeup dan kotoran sebelum disingkirkan dengan cara membilas sebaiknya. Untuk pengetahuan, produk cleanser ini tidak mengandungi sabun, dan sekaligus formulasinya dapat menjaga dan memberi protection kepada epidermal lipids. Selepas kulit wajah dibilas dengan air suam, kesan instant yang boleh didapati ialah kulit menjadi lebih bersih, lembut, ada efek glowy, dan kelembapan tinggi.

Boleh ke kalau terus sapu kepada kulit wajah tanpa mengosokkan dengan tapak tangan? Ianya tidak disarankan, kerana pengguna mesti mengurut dan mengosok kulit wajah dengan lebih lama dan tak ada sesiapa yang suka berbuat begitu termasuklah kulit kita sendiri. Gunakan hanya sebesar kacang pea atau duit syiling 5 sen sahaja dan gosokkan pada tapak tangan terlebih dahulu.

Untuk mereka yang berminat, produk ini terdapat dalam saiz 50ML dan 150ML sahaja (hanya ada dua saiz production original dari Deciem). Elakkan membeli selain daripada saiz ini terutamanya mini atau trial pek. Harga produk ini pula sangat berpatutan dan tahan lama. Untuk yang bersaiz 50ML, harganya sekitar RM39 hingga RM45 (perbezaan mengikut trusted sellers kat SINI) dan yang bersaiz 150ML pula di antara RM90 hingga RM110. Walau bagaimanapun, harga yang ditawarkan oleh direct website Deciem adalah lebih murah iaitu RM35 untuk saiz 50ML dan RM87.50 untuk bersaiz 150ML. Pendapat kami, jika inginkan produk The Ordinary yang mempunyai gurantee pulangan produk, one-to-one consultation, pembelian produk yang menjimatkan tetapi kena tunggu lama sedikit antara 7-10 hari (disebabkan Deciem branches berada di luar Malaysia), pembelian direct dari Deciem adalah sangat sangat disaran memandangkan terdapat banyak produk tiruan di pasaran terutamanya daripada brand ini. Walau bagaimanapun, pilihan pembelian adalah ditangan pembeli. Jika ada sebarang pertanyaan, boleh email kepada kami di info@nureaa.com.

Komen


Post: Blog2_Post
bottom of page