REVIEW: TONYMOLY WONDER CERAMIDE MOCHI TONER
- Cik Jojo

- 8 Jun 2020
- 3 min membaca
Updated: 23 Okt 2020
Hai semua! Macam mana dengan review-review produk yang lepas? Ada yang dah cuba dan alami sendirikah hasilnya? Semoga review produk dari kami dapat membantu untuk mendapatkan produk skincare yang tepat. Untuk post kali ini, kami akan mereview produk dari brand TONYMOLY. Ya, brand TONYMOLY juga berasal dari Korea Selatan dan brand ini selalunya menghasilkan produk kosmetik yang cantik. Untuk produk line skincare TONYMOLY, jarang kita dengar dalam blog orang Malaysia kan? So, setelah membuat sedikit penyelidikan, kami dapati produk yang akan direview kali ini adalah sangat-sangat affordable atau senang cakap murah! Produk tersebut adalah TONYMOLY WONDER CERAMIDE MOCHI TONER. Untuk pengetahuan, kalau di Korea Selatan, brand TONYMOLY ini satu level dengan brands seperti NATURE REPUBLIC, THE SAEM, dan A’PIEU serta sangat mudah didapati. Walaupun murah, ia tidak bermakna produk yang tidak bagus. Kalau nak tau bagus atau tidak produk ini, jom baca review sekarang.
Produk toner dari TONYMOLY ini didatangkan dalam saiz yang cukup besar 500ML (ya, setengah liter!) dan tentunya sangat-sangat menjimatkan dengan harga yang tersangat mampu milik. Claim produk TONYMOLY WONDER CERAMIDE MOCHI TONER ini termasuklah memberikan penjagaan harian yang membantu memperbaiki dan melembutkan tekstur kulit, memberikan penghidratan yang menenangkan, dan menyahtoksin kotoran untuk kulit lebih cerah berseri. Nanti kita lihat hasil penggunaannya oleh volunteer pilihan okay! Produk toner ini diformulasikan dengan ekstrak buah-buahan dan ceramides yang bersifat hypoallergenic.
TONYMOLY WONDER CERAMIDE MOCHI TONER adalah produk hypoallergenic yang BEBAS daripada alcohol dan ingredient yang merengsakan (irritant-free) dan semua ingredient pembuatannya adalah clean daripada INCI code, yang bermaksud ianya sangat selamat dan sesuai untuk SEMUA JENIS KULIT. Kandungan ceramides dan beras yang terdapat dalam produk ini sangat mudah menyerap dan berfungsi menembusi jauh ke dalam kulit untuk penghidratan yang lama dan hasil yang lebih transformatif. Ekstrak buah-buahan semula jadi juga membantu pengelupasan kulit secara semula jadi sehingga kulit terasa lebih halus dan lebih hydrate pada setiap penggunaan. Menarik, kan? Dah lah kuantiti besar gila, harga murah, macam mana pula denga ingredientnya?
Ya, perkara paling penting sekali ialah ingredients. Semua ingredients yang digunakan dalam formulasi produk TONYMOLY WONDER CERAMIDE MOCHI TONER ini berada pada rating 1 dan 2 sahaja (iaitu klasifikasi paling selamat). Produk ini mengandungi ANTIOXIDANT seperti centella asiatica extract, AGEN MENGUATKAN SKIN BARRIER seperti glycerin, ceramide NP, dan sodium hyaluronate, dan AGEN MENENANGKAN macam centella asiatica extract, allantoin, dan panthenol. So, dengan kandungan terpilih ini, ianya juga selari dengan claim yang dipaparkan pada labeling produk. Selain itu, terdapat juga ingredients utama yang baik lain dalam produk ini, antaranya;
Nah, banyak betul kan ingredient yang sangat baik untuk kulit terutamanya kepada skin barrier. Untuk mereka yang sedang mencari produk toner menguatkan skin barrier ataupun membaiki skin barrier, TONYMOLY WONDER CERAMIDE MOCHI TONER adalah jawapannya. Selain didatangkan dalam botol plastic yang sangat besar, tekstur toner ini sedikit tebal berbanding hydrating toner yang lain. Consistency toner ini seakan-akan seperti DEAR KLAIRS SUPPLE PREPARATION FACIAL TONER, yang nampak tebal (thick) tetapi bila dioleskan pada kulit ianya seperti air dan cepat menyerap ke dalam kulit. Walau bagaimanapun toner dari TONYMOLY ini berwarna putih susu yang berbeza daripada banyak toner dipasaran yang lutsinar. Kehadiran ceramides dari penapaian beras menyumbang kepada warna putih susu ini.
Produk toner dari TONYMOLY ini boleh digunakan dengan 4 cara tersendiri. Berikut adalah cara-cara yang efektif;
Selepas membersihkan kulit wajah, gunakan cotton pad wajah untuk mendapatkan toner. Sapukan cotton pad yang mengandungi toner tersebut keseluruh kulit wajah. Secara lembut, tekan sedikit demi sedikit toner yang berbaki pada kulit wajah sehingga ianya dapat diserap sepenuhnya. Rutin penjagaan wajah boleh diteruskan dengan step berikutnya.
Gunakan toner ini dengan cari 7-skin method. Tuangkn sedikit toner pada tapak tangan yang bersih. Secara lembut, tepuk-tepuk kannya pada kulit wajah sehingga ianya diserap sepenuhnya. Ulangi langkah ini sebanyak 7 kali. Selepas itu, rutin penjagaan wajah boleh diteruskan dengan step berikutnya.
Rendamkan cotton pad wajah pada cecair toner ini. Apabila keseluruhan cotton pad wajah telah menyerap toner, letakkan cotton pad tersebut pada seluruh kulit wajah ATAU pada bahagian tertentu seperti di bahagian yang sering terasa kering macam kat pipi, dahi dan hidung. Biarkan seketika cotton pad pada kulit wajah selama 10 minit. Buang cotton pad tersebut dan tepuk-tepuk lembut pada wajah untuk memastikan yang toner tadi telah diserap dengan baik. Rutin penjagaan wajah boleh diteruskan dengan step berikutnya.
Tuangkan sedikit toner ke dalam bottle kecil yang mempunyai fungsi seperti spray. Pastikan ianya bersih. Spray toner bertindak sebagai mist untuk kegunaan sepanjang hari dalam mendapatkan kulit yang sentiasa terhidrasi.
Untuk mereka yang ingin mendapatkan produk produk TONYMOLY WONDER CERAMIDE MOCHI TONER dengan saiz 500ML yang menjimatkan dan efektif ini serta sesuai UNTUK SEMUA JENIS KULIT, harganya sekitar RM35 hingga RM50 sahaja. Murah dan berbaloi! Kalau nak dapatkan harga yang best, OFFER menarik dan terjamin, CHECK HARGA KAT SINI. Pasti tidak akan menyesal dengan hasil produk ini, dan jangan lupa beli yang original ya! Sekiranya ada sebarang kemusykilan atau pertanyaan, boleh email kepada kami di info@nureaa.com.




![[SHARING IS CARING] SALAH SATU INGREDIENT BAIK UNTUK JERAWAT YANG JARANG DIBINCANGKAN](https://static.wixstatic.com/media/d8a30b_12935769408b4b1494cf14adec8c2cad~mv2.png/v1/fill/w_940,h_788,al_c,q_90,enc_avif,quality_auto/d8a30b_12935769408b4b1494cf14adec8c2cad~mv2.png)

Komen