top of page

SAIZ KULIT NIPIS DI BAHAGIAN LOWER EYELIDS

  • Writer: Cik Jojo
    Cik Jojo
  • 12 Okt 2020
  • 2 min membaca
Maklumat berdasarkan kajian saintifik untuk mencari produk berkesan dan selamat, hanya di NURÉAA

Hai semua! Untuk beauty awareness hari ini Cik Jojo nak share satu fakta menarik tentang kulit nipis di sekitar lower eyelids kita. Dalam post yang lalu, ada Cik Jojo cerita yang yang kulit adalah organ terbesar manusia. Ia mempunyai saiz yang berbeza mengikut bahagian tubuh badan termasuklah sekitar mata kita. Post pendek hari ini Cik Jojo nak fokus pada kulit paling nipis iaitu di bahagian lower eyelids. Bahagian ini sangat delicate dan sensitive ya. Sebab itu, jangan suka hati atau sebenarnya tidak perlu pun penggunaan produk penjagaan untuk bahagian ini. Jika tersalah atau tidak mengetahui masalah bahagian ini dengan betul, ia hanya boleh memudaratkan sahaja jika guna produk skincare.

Untuk pengetahuan semua, lower eyelids manusia adalah bersaiz di antara 0.4 hingga 0.5mm je tebalnya, sekaligus menjadikan ia kulit paling nipis berbanding di bahagian lain tubuh badan. With this fact, Cik Jojo pun setuju yang sekitar daerah mata, sebenarnya tidak memerlukan produk khusus pun. Ia hanya membazir sebab chances nak memudaratkan tu agak tinggi. Jadi hati-hati ya! Buatlah pilihan yang bijak dan betul. Jika benar-benar ada masalah di bahagian ini, segeralah jumpa doktor. One thing yang korang kena selalu ingat, kulit bahagian sekitar mata adalah sangat sensitive dan delicate. Sedangkan parut jerawat bahagian kulit yang lebih tebal pun ambil masa panjang untuk baik, inikan jika terjadi sesuatu pada kulit paling nipis, logik tak.


Rujukan dan bacaan lanjut, boleh dapatkan di sini:

1) Ohshima, H. and Takiwaki, H., 2008. Evaluation of dark circles of the lower eyelid: comparison between reflectance meters and image processing and involvement of dermal thickness in appearance. Skin Research and Technology, 14(2), pp.135-141.


2) Parikh, S. and Most, S.P., 2010. Rejuvenation of the upper eyelid. Facial Plastic Surgery Clinics, 18(3), pp.427-433.


Good night korang and stay safe tau.. Remember always listen to what your skin needs.


Have a nice day everyone!


Komen


Post: Blog2_Post
bottom of page