top of page

SEJAUH MANA MEMICIT JERAWAT BOLEH MENDATANGKAN KEBURUKAN?

  • Writer: Cik Jojo
    Cik Jojo
  • 9 Okt 2020
  • 2 min membaca
Maklumat berdasarkan kajian saintifik untuk mencari produk berkesan dan selamat, hanya di NURÉAA

Hai semua! It’s Friday already, yeay! Tapi jangan suka-suka sangat ya sebab kita kena sentiasa berwaspada dan berhati-hati pada musim covid ini. Pastikan kita semua mengikut arahan yang sepatutnya. So, this weekend korang buat aktiviti apa? Di rumah sahaja ke tu.?


Okaylah, untuk Beauty Awareness hari ini, jom kita lihat sejauh mana memicit jerawat boleh mendatangkan keburukan. Picit jerawat tu memang ramai orang suka lakukannya, kadang kala tak sedar pun sebab dah jadi habit. So, daripada terus memudaratkan kulit, jom kita lihat kenapa memicit jerawat ni tak sepatutnya dilakukan.

Acne excoriée adalah istilah saintifik untuk masalah jerawat yang telah excoriated atau jerawat yang dah terpicit, terluka, terkikis, atau tergores. So, apabila kita lakukan salah satu ni (memicit, mengores, melukakan, atau mengikis) ke atas jerawat tersebut, ia boleh mencederakan kulit, menyebarkan bakteria, dan paling biasa terjadi ialah mengakibatkan parut. Bukan jerawat sahaja tercedera teruk malah kadang kala tindakan tersebut boleh mencabut clogged pores atau comedones dari kulit sekitarnya. Akibatnya, masalah jerawat tersebut boleh lambat baik, menjadi lebih teruk, malah boleh mengakibatkan kulit yang tidak mengalami masalah turut sama mendapat jerawat akibat daripada penyebaran bakteria dari jerawat yang telah dipicit.


So, fikir-fikirkan tentang perkara ini. Memang nampak geram nak picit kasi meletus keluar segala yang ada dalam jerawat tu, tetapi adakah ianya berbaloi? Kalau jerawat tidak baik walaupun dah gunakan benzoyl peroxide, sulphur mahupun salicylic acid, atau semakin banyak tumbuh, segeralah dapatkan rawatan daripada doktor.


Semoga perkongsian ini dapat dimanfaatkan bersama. Jangan lupa pesan kepada kawan-kawan, keluarga dan sesiapa saja yang kita kenal, jangan picit jerawat okay! With that, Cik Jojo dan kawan-kawan ucapkan selamat berhujung minggu dan stay safe semua! Kita jumpa next week on Monday ya!


Take care and good night!


Have a nice day everyone!


Komen


Post: Blog2_Post
bottom of page