SELAIN SUNSCREEN, PRODUK APA YANG DAPAT MEMBANTU MENGURANGKAN TANDA-TANDA PENUAAN?
- Cik Jojo
- 23 Nov 2020
- 1 min membaca
Maklumat berdasarkan kajian saintifik untuk mencari produk berkesan dan selamat, hanya di NURÉAA
Hai semua! Seperti yang kita sedia maklum, produk sunscreen adalah anti-aging nombor satu di dunia! Gunakan sunscreen setiap hari dan jangan lupa untuk re-applykan setiap 2 jam adalah menjadi tabiat yang sangat baik untuk mengatasi tanda-tanda penuaan. Ini kerana ia dapat menghalang sinaran UV merbahaya daripada memberikan damage kepada kulit kita. So, jangan lupa untuk menggunakan sunscreen ya! Sunscreen ni tidak perlu pun terlampau mahal dek kerana brands. Cukup sekadar mempunyai ciri-ciri pelindungan yang diperlukan seperti broad-sprectrum yang dapat menghalang UVA dan UVB, mempunyai SPF 30+ ke atas, dan sesuai dengan jenis kulit kita. Ingat tau, brands atau review tidak memberikan jaminan terbaik untuk produk sunscreen kepada kulit kita.

Walau bagaimanapun, terdapat satu lagi ingredients yang sangat membantu mengatasi masalah tanda-tanda penuaan pada kulit iaitu ANTIOXIDANTS. Penggunaan antioxidant setiap hari dapat membantu menghalang tindak balas keradangan (inflammatory) yang boleh membawa kepada damage skin. So, korang boleh cari produk antioxidant yang boleh didapati daripada green tea, grape seed extract, magnesium ascorbyl phosphate (atau nama lain dia vitamin C ester), tocopherol (nama lainnya vitamin E), licorice extracts, dan beberapa lagi. Penggunaan kombinasi antioxidants dan sunscreen dapat memberikan efek yang powerful dalam memberikan perlindungan terhadap kulit kita.
Selamat mencuba dan semoga post ini dapat membantu dalam skincare journey korang ya! Please stay safe and take care.
Have a nice day everyone!

Коментарі