SEMAKIN BERTAMBAH USIA, KULIT BOLEH MENJADI LEBIH KERING
- Cik Jojo

- 10 Nov 2020
- 1 min membaca
Maklumat berdasarkan kajian saintifik untuk mencari produk berkesan dan selamat, hanya di NURÉAA
Hai semua! How’s your day? Cik Jojo harap semuanya baik-baik sahaja ya! Untuk beauty awareness hari ini, jom kita lihat sama ada kulit boleh menjadi kering seiring bertambahnya usia kita.

Secara amnya, ya. Kulit kita boleh menjadi kering dengan meningkatkan umur. Ia sebenarnya menunjukan yang kitaran pembaharuan sel kita di epidermis menjadi perlahan. Kitaran pembaharuan sel inilah yang menghasilkan intercellular lipids yang merangkumi fungsi barrier kulit (penghalang kulit). Oleh kerana kitaran pembaharuan menjadi perlahan, begitu juga pengeluaran protective lipids ini (depa ni seiring sejalan). Kitaran pembaharuan sel ini juga lazimnya dipengaruhi oleh sun damage ke atas kulit kita bertahun-tahun (contohnya akibat tak pakai sunscreen).
Selain itu, kulit juga menghasilkan sebum yang kurang seiring dengan bertambahnya usia. Apabila kekurangan sebum pada permukaan kulit, kulit kita juga akan kurang protection. Kulit kita ni juga boleh menjadi dehydrated dengan lebih mudah, bila kulit kering tersebut digunakan produk skincare seperti sabun atau detergen yang agak harsh atau strong.
So, ni dah tahu kebarangkalian yang kulit kita boleh jadi kering, so jangan lupa listen to what your skin needs. Ingat tau, tidak semestinya skincare routine dan produk skincare yang digunakan sekarang ini akan berkekalan sampai bila-bila. Kulit kita berubah seiring umur, dan persekitaran serta pemakanan juga mempengaruhinya, so begitu jugalah dengan produk skincare yang digunakan.
Semoga informasi ini membantu dan kalau suka jangan lupa #SHARE kan tau. Terima kasih.
Have a nice day everyone!



![[SHARING IS CARING] SALAH SATU INGREDIENT BAIK UNTUK JERAWAT YANG JARANG DIBINCANGKAN](https://static.wixstatic.com/media/d8a30b_12935769408b4b1494cf14adec8c2cad~mv2.png/v1/fill/w_940,h_788,al_c,q_90,enc_avif,quality_auto/d8a30b_12935769408b4b1494cf14adec8c2cad~mv2.png)

Komen