SET KRIM JERAGAT YANG BERKESAN, EFEKTIF DAN SELAMAT
- Cik Jojo
- 22 Okt 2020
- 2 min membaca
Updated: 22 Okt 2020
Maklumat berdasarkan kajian saintifik untuk mencari produk berkesan dan selamat, hanya di NURÉAA
Hai semua! Masalah jeragat ni memang menjadi masalah yang biasa untuk orang Asia, terutamanya di negara-negara panas dan lembab sepanjang tahun macam Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei dan Thailand. Dalam post-post yang lalu, Cik Jojo pernah share kan produk serum untuk jeragat, cleanser yang tepat, dan beberapa produk random khusus untuk mengatasi masalah jeragat. Untuk post kali ini, Cik Jojo nak sharekan tentang SET PRODUK KECANTIKAN yang berkesan, efektif, selamat dan murah, yang mudah didapati di Watson, Guardian, mahupun online platform macam Shopee. Korang dah bersedia ke nak tahu set krim jeragat apa? Jom check this out!
Untuk makluman, set produk dari Cosmoderm ini adalah yang sangat laris dan paling banyak memberikan hasil yang positif daripada pengguna. Kalau korang baca review mahupun bertanya sendiri dengan pengguna yang menggunakan set ini, kebanyakkan berpuas hati dengan hasilnya. Harganya tidaklah semahal harga produk import ataupun brand viral tempatan. Harga set ini adalah SANGAT BERPATUTAN. Cosmoderm mempunyai makmal dan mendapat kelulusan KKM serta memenuhi standard piawaian yang ditetapkan oleh pihak berkuasa. So, korang boleh gunakan tanpa was-was, tetapi jangan lupa lakukan PATCH TEST terlebih dahulu ya!
Dalam set Cosmoderm Luminous Pearl Brighter Skin ini, terdapat 4 jenis item untuk rutin penjagaan harian. Jangan lupa untuk ikuti cara penggunaan yang betul tau. Antara 4 item yang terdapat dalam set ini termasuklah;
Dan untuk mempercepatkan jeragat hilang/pudar, jangan lupa untuk menambahkan satu lagi produk mereka
Cara penggunaan yang betul untuk set produk ini adalah seperti berikut;
Rutin Siang (AM)
Langkah 1 : Cuci seluruh muka dengan Luminous Pearl Brightening Mousse Cleanser
dan bilas dengan air.
Langkah 2 : Tuangkan sedikit Luminous Pearl Brightening Toner ke atas kapas. Sapukan ke seluruh muka.
Langkah 3 : Pada siang hari, sapu Luminous Pearl Day Active Protector SPF 50PA+++ secara lembut ke seluruh wajah. Urut secara lembut hingga krim diserap sepenuhnya. Guna sekali atau dua kali sehari.
Rutin Malam (PM)
Langkah 1 : Cuci seluruh muka dengan Luminous Pearl Brightening Mousse Cleanser dan bilas dengan air.
Langkah 2 : Tuangkan sedikit Luminous Pearl Brightening Toner ke atas kapas. Sapukan ke seluruh muka.
Langkah 3 : Sebelah malam pula, sapu Luminous Pearl Brightening Night Serum secara lembut ke seluruh wajah. Urut secara lembut hingga krim diserap sepenuhnya. Guna setiap malam secara konsisten.
Langkah 4 : Selepas mengoleskan Luminous Pearl Brightening Night Serum dan diserap baik ke dalam kulit wajah, jangan lupa untuk menggunakan Luminous Pearl Dark Spot Corrector. Ulang langkah 4 ini selama seminggu dan rehatkan untuk beberapa hari dengan Vitamin E, dan teruskan kembali langkah ini (berselang seli dengan Vitamin E).
Semoga post ini dapat membantu korang menghapuskan masalah jeragat dengan set penjagaan kulit wajah dari Cosmoderm Luminous Pearl Brighter Skin. Jika ada sebarang soalan, jangan lupa emel ke info@nureaa.com
Have a nice day everyone!

Comments