top of page

[SHARING IS CARING] 4 CARA MENGATASI MASALAH JERAWAT MENGIKUT JENISNYA

  • Writer: Cik Jojo
    Cik Jojo
  • 2 Nov 2020
  • 2 min membaca
Maklumat berdasarkan kajian saintifik untuk mencari produk berkesan dan selamat, hanya di NURÉAA

Hai semua! Untuk sharing is caring hari ini, Cik Jojo nak sharekan tentang 4 cara mudah yang dapat membantu meredakan masalah jerawat mengikut jenisnya. Selalu bila kita baca tips untuk mengatasi jerawat, ianya lebih general terutamanya apabila ianya berkaitan dengan ingredients dan produk skincare tertentu. So, Cik Jojo pecahkan tips general tersebut mengikut jenis jerawat, jom check it out;

1) BLACKHEADS dan WHITEHEADS: Penggunaan beberapa produk/ingredients ini sangat membantu menyingkirkan blackheads dan whiteheads, antaranya RETINOID, SALICYLIC ACID dan AZELAIC ACID. Ketiga-tiga ini agak powerful untuk unclog kan liang pori-pori tersumbat yang disebabkan oleh blackheads dan whiteheads.


2) PAPULE: Perkara paling penting ialah mencuci kulit wajah dengan cleanser yang mengandungi SALICYLIC ACID atau BENZOYL PEROXIDE, dua kali sehari (tidak lebih dan tidak kurang).


3) PUSTULE: Lebih kurang no.3 tadi, perkara paling penting ialah mencuci kulit wajah dengan cleanser yang mengandungi SALICYLIC ACID atau BENZOYL PEROXIDE, dua kali sehari. Jangan sesekali memicit jerawat jenis ini kerana sangat mudah meninggalkan parut jerawat. So, gunakan PIMPLE PATCHES untuk meredakannya dan mengelakkan diri daripada memicitnya.


4) CYST dan NODULES: Gunakan PIMPLE PATCHES untuk membantu mengelakkan daripada memicitnya dan menghalang daripada kotoran. Paling penting, dalam rutin seharian kombinasi produk skincare yang mengandungi retinoid, salicylic acid, dan benzoyl peroxide juga sangat membantu tetapi gunakan dalam rutin yang berbeza (contohnya retinoid pada PM, dan benzoyl peroxide pada AM). Ia dapat mengurangkan rasa irritating. Selain itu, diet yang sihat sangat memainkan peranan penting. Untuk jerawat jenis ini, cuba elakkan pengambilan gula berlebihan.


Jangan lupa untuk mendapatkan konsultasi dari dermatologist jika masalah jerawat tidak surut/reda dengan penggunaan product over-the-counter yang terdapat di farmasi.


Semoga perkongsian ini dapat dimanfaatkan bersama. Jangan lupa #SHARE dan #LIKE post ini jika ianya membantu ya! Selamat mencuba.


Have a nice day everyone!


Komen


Post: Blog2_Post
bottom of page