[SHARING IS CARING] 5 CARA UNTUK MEREDAKAN RASA MERENGSA
- Cik Jojo

- 29 Okt 2020
- 2 min membaca
Maklumat berdasarkan kajian saintifik untuk mencari produk berkesan dan selamat, hanya di NURÉAA
Hai semua! Untuk sharing is caring hari ini, Cik Jojo nak sharekan tentang 5 cara untuk meredakan rasa merengsa pada kulit. Rasa merengsa (atau irritating) pada kulit ni memang tak boleh nak bawak bincang dia punya rasa tu. Ada yang rasa pedih, gatal, pijar, dan sebagainya. Jom kita check 5 cara mudah untuk meredakan rasa merengsa;
Cara 1: Hentikan penggunaan produk yang ada ingredient active seperti retinol, range of acids, niacinamide, vitamin c, dan exfoliant. Kalau ada sikit atau ingredient ini berada pada row paling bawah sekali pun, jangan gunakannya. Yang ni untuk mereka yang tidak boleh tolerate langsung.

Atau
Cara 2: Kalau nak gunakan lotion atau cream, boleh gunakan yang ada properties soothing dan calming tapi dengan kuantiti yang kecil dan ingredient active tidak dicampur-campur dengan pelbagai jenis. Ada orang rasa merengs tu datang disebabkan oleh campuran ingredient active yang tidak sepadan/serasi. So, hati-hati. Gunakan satu per satu dan berikan buffer time di antara produk-produk yang digunakan.
Atau
Cara 3: Kalau nak guna juga produk yang ada ingredient active ni, boleh lakukan teknik sandwich. Contohnya gunakan moisturiser sebelum menggunakan produk ingredient active tersebut, then barulah sapukan produk active, akhirnya tambahkan satu lagi layer moisturiser selepas disapukan produk yang ada ingredient active tersebut. Cara ini lebih selamat dan jarang menimbulkan masalah. Ia sangat sesuai untuk newbies yang baru nak berjinak-jinak dengan produk ingredient actives.
Atau
Cara 4: Gunakan sunscreen dengan secukupnya selepas mengoleskan produk active ingredient tersebut. Ada sesetengah ingredient active agak sensitif terhadap cahaya matahari. Selain itu, sunscreen yang mengandungi zinc dan titanium adalah kurang memberikan risiko irritating dan pastikan ianya berSPF 30 ke atas.
Atau
Cara 5: Mencuci kulit wajah dengan menggunakan air suam; tidak terlalu panas, tidak terlalu sejuk. Ia sangat membantu dan dapat memberikan rasa selesa. Yang ni kalau produk tersebut memang memberikan irritating kepada kulit, hentikan serta merta dan cuci bersih dengan air suam.
Semoga perkongisan ini dapat dimanfaatkan bersama. Kalau suka jangan lupa #SHARE dan #LIKE ya! Terima kasih untuk sokongannya. Korang jangan lupa mencuci tangan selalu, gunakan mask, dan sentiasa berwaspada di musim covid ni. Take care all.
Have a nice day everyone!



![[SHARING IS CARING] SALAH SATU INGREDIENT BAIK UNTUK JERAWAT YANG JARANG DIBINCANGKAN](https://static.wixstatic.com/media/d8a30b_12935769408b4b1494cf14adec8c2cad~mv2.png/v1/fill/w_940,h_788,al_c,q_90,enc_avif,quality_auto/d8a30b_12935769408b4b1494cf14adec8c2cad~mv2.png)

Komen