[SHARING IS CARING] ALTERNATIF KEPADA ANIMAL TESTING
- Cik Jojo
- 23 Nov 2020
- 1 min membaca
Maklumat berdasarkan kajian saintifik untuk mencari produk berkesan dan selamat, hanya di NURÉAA
Hai semua! Untuk sharing is caring hari ini, jom kita lihat beberapa alternatif kepada animal testing. Untuk makluman, ada banyak produk kecantikan di pasaran yang menguji produk mereka ke atas binatang. Perkara ini amat menyedihkan dan tidak sepatutnya berlaku. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa ujian alternatif lain yang boleh menggantikan animal testing ini. Antaranya termasuklah melakukan ujian kepada; kultur sel, tisu tubuh badan manusia yang disumbangkan, dan pemodelan komputer adalah contoh ujian alternatif. Selain itu, company atau brand sesuatu produk kecantikan juga boleh menggunakan bahan-bahan atau ingredients yang sedia ada yang telah diuji keselamatannya.

Pada masa kini, ada juga ujian ke atas sukarelawan manusia melalui experimen, observation, dan ujian klinikal dilakukan oleh banyak company/brands yang dapat mengantikan animal testing. Berita gembira dalam industri ini adalah, banyak brands dan company kecantikan beransur-ansur beralih arah kepada ujian alternatif dan menganiyaan ke atas haiwan untuk menguji produk kecantikan dapat dikurangkan. Mudah-mudah agar satu hari nanti, animal testing tidak lagi dilakukan dan dapat menyelamatkan lebih banyak haiwan.
Apa pendapat korang mengenai hal ini?
Have a nice day everyone!

Comments