[SHARING IS CARING] APA ITU COPPER PEPTIDES?
- Cik Jojo

- 6 Okt 2020
- 1 min membaca
Maklumat berdasarkan kajian saintifik untuk mencari produk berkesan dan selamat, hanya di NURÉAA
Hai semua! Untuk sharing is caring hari ini jom kita lihat tentang copper peptides! Tapi sebelum itu, apakah copper peptides ni. Untuk pengetahuan semua, peptides terhasil daripada 3 jenis amino acids iaitu glycine, histidine, dan lysine. Kesemua peptides ini dapat mengikat ion copper dengan kuat. Ia secara semulajadinya berlaku dalam plasma manusia. Walau bagaimanapun, jika bertambah usia seseorang, jumlah copper peptides ini juga berkurangan. Hasilnya, nampaklah beberapa tanda penuaan pada kulit.

Sebab itulah, produk skincare yang mengandungi copper peptides adalah sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai mature skin dan sun damaged skin. Antara kebaikan copper peptides ini termasuklah;
1) Meningkatkan tekstur kulit
2) Sebagai antioksidan
3) Sebagai anti-radang (dapat meredakan keradangan)
4) Merangsang pengeluaran semulajadi kolagen, elastin dan glycosaminoglycan (GAG), dimana ianya dapat memjadikan kulit sedikit firm dan plump.
Apa yang tidak menarik tentang copper peptides ini ialah ia boleh meningkatkan pertumbuhan rambut/bulu.
Semoga post ini dapat membantu mereka yang selalu bertanya tentang produk skincare yang mengandungi copper peptides. Bila dah tahu sesuatu produk itu, pilihan di tangan kita sendiri. Perlu atau tidak, cuba tanya kulit kita. Remember, always listen to what your skin needs.
Have a nice day everyone!



![[SHARING IS CARING] SALAH SATU INGREDIENT BAIK UNTUK JERAWAT YANG JARANG DIBINCANGKAN](https://static.wixstatic.com/media/d8a30b_12935769408b4b1494cf14adec8c2cad~mv2.png/v1/fill/w_940,h_788,al_c,q_90,enc_avif,quality_auto/d8a30b_12935769408b4b1494cf14adec8c2cad~mv2.png)

Komen