[SHARING IS CARING] APA ITU RADIKAL BEBAS (FREE RADICALS)
- Cik Jojo

- 16 Okt 2020
- 1 min membaca
Maklumat berdasarkan kajian saintifik untuk mencari produk berkesan dan selamat, hanya di NURÉAA
Hai semua! Tentu ramai yang masih blur atau tidak mengetahui apakah radikal bebas sebenarnya, atau selalu kita dengar free radicals. Ape benda tu? Sharing is caring kali ini Cik Jojo nak sharekan tentang apa itu radikal bebas (free radicals). Dah sedia ke tu?.....

Radikal bebas adalah atom oksigen yang tidak stabil kerana ia adalah elektron yang tidak berpasangan. Radikal bebas senang melekat pada lipid (lemak) yang terdapat di membran sel kulit kita. Setelah melekat pada lipid, radikal bebas akan dapat berfungsi, tetapi fungsinya adalah tidak bagus iaitu memusnahkan sel. Hasilnya, kulit akan mendapat garis halus, kedutan, mengurangkan keanjalan, tidak pejal, stress, senang dapat masalah kulit, dan age spot seperti jeragat.
Kat mana radikal bebas ni senang dapat atau mudah dibebaskan? Radikal bebas/free radicals ni mudah didapati dari faktor dalaman seperti illness, stress, alcohol, merokok, dan masakan bergoreng. Selain itu, ia juga boleh didapati atau dibebaskan dari pencemaran udara, diet yang tidak sihat, sinaran UV, radiasi, dan exposure kepada pesticides.
So, jelas tak maksud radikal bebas/free radicals ni? Kalau pening juga, jom kita lihat gamba yang Cik Jojo sertakan ni. Semoga korang mendapat sesuatu dari post ini ya!
Have a nice day everyone!



![[SHARING IS CARING] SALAH SATU INGREDIENT BAIK UNTUK JERAWAT YANG JARANG DIBINCANGKAN](https://static.wixstatic.com/media/d8a30b_12935769408b4b1494cf14adec8c2cad~mv2.png/v1/fill/w_940,h_788,al_c,q_90,enc_avif,quality_auto/d8a30b_12935769408b4b1494cf14adec8c2cad~mv2.png)

Komen