[SHARING IS CARING] APA YANG KANDUNGAN ALKOHOL DALAM SKINCARE BOLEH BUAT KEPADA KULIT KITA?
- Cik Jojo
- 1 Sep 2020
- 1 min membaca
Maklumat berdasarkan kajian saintifik untuk mencari produk berkesan dan selamat, hanya di NURÉAA
👉Hai korang! Untuk sharing is caring hari ini, Cik Jojo nak sharekan mengenai alkohol dan kulit kita. Untuk pengetahuan semua, TIDAK SEMUA alcohol dalam skincare adalah tidak baik. Tapi post ini Cik Jojo nak cakap tentang alkohol yang tidak memberikan manfaat kepada kulit kita. Ada sesetengah alcohol dalam skincare seperti Ethanol, Denatured alcohol, Ethyl alcohol, Methanol, Benzyl alcohol, Isopropyl alcohol dan SD alcohol, mereka ini digunakan sebagai solvent dalam formulasi skincare, atau astringents yang membantu mengecilkan penampakan liang pori-pori, mengalakkan penyerapan, dan sebagai preservative. 🤓

👉 Walau bagaimanapun, produk skincare yang mengandungi ingredients alcohol jenis ini BOLEH menyebabkan kulit kita cepat kering, MUNGKIN dapat menjadi penyebab irritation, PUNCA GANGGUAN fungsi skin barrier, BOLEH mengakibatkan keradangan, MUNGKIN boleh merosakan kulit, dan BOLEH membuatkan jerawat lebih teruk. Oh ya, tidak semua orang akan menghadapi masalah ini, TETAPI kebanyakan yang mempunyai masalah seperti yang disebutkan tadi berkemungkinan besar disebabkan oleh kehadiran alcohol jenis ini. So, lakukan telitian terhadap kulit sendiri ya! Always listen to what your skin needs. 😘
👉Kalau suka post ini, jangan lupa untuk #LIKE dan #SHARE. Terima kasih untuk sokongannya. Semoga bermanfaat okay. 🥰
Have a nice day everyone!

Commentaires