[SHARING IS CARING] BEAUTY TOOL: PENGGUNAAN DERMAROLLER
- Cik Jojo

- 9 Nov 2020
- 2 min membaca
Maklumat berdasarkan kajian saintifik untuk mencari produk berkesan dan selamat, hanya di NURÉAA
Hai semua! Untuk sharing is caring hari ini, Cik Jojo nak sharekan tentang satu beauty tool yang sangat-sangat popular dikalangan skincare lovers iaitu DERMAROLLER. Siapa kat sini suka gunakan dermaroller? Jika da pengalaman menggunakan dermaroller, boleh share kan kat ruangan komen okay!

So, dermaroller ni okay atau tidak untuk digunakan? Topik dermaroller ni pernah ada one of our follower tanya mengenainya. Here it is, finally! View ini adalah dari Cik Jojo sendiri, as someone who is working in the beauty industry. My personal opinion adalah YES and NO. Kenapa ada dua jawapan? Check it out.
Dermaroller boleh digunakan sekiranya 3 perkara berikut ada:
1) Needle quality (jarum-jarum pada roller) yang bagus diperbuat daripada material yang high quality dan memenuhi standard piawaian keselamatan antarabangsa. Contohnya, kalau di Europe ni beauty tool pun kena ada CE marking. Kalau nak tahu CE marking tu apa, check kat sini (https://ec.europa.eu/growth/single-market/ce-marking_en).
2) Dermaroller disanitised dengan betul dan mengikut prosedur yang sepatutnya.
3) Pengguna berpengalaman dan tahu TEKNIK yang betul melakukannya.
Dermaroller tidak boleh digunakan sekiranya:
1) Beli produk dermaroller sebab tengok youtube, baca review dan testimonial. Sepatutnya bertanya kepada aesthetician berlesen atau doktor bertauliah tips untuk cari beauty tool yang baik, cara penggunaan, dan persediaan melakukannya.
2) Tak tahu cara nak sanitised, tak tahu guna apa untuk sanitised, even tak tau pun maksud sanitised tu, dan kenapa dermaroller kena sanitised.
3) Pengguna tidak mengetahui teknik yang betul menggunakan dermaroller. Hanya berpandukan dan merujuk kepada sumber yang tidak selamat.
Recommendation untuk penggunaan dermaroller?: Cik Jojo personally, TIDAK GALAKKAN sebabnya ia mudah membuatkan kulit mendapat risiko infection, accident, dan serious damage. Ada alternatif tak kalau tak nak guna dermaroller ni? Jawapan: ADA!
Alternatif 1: Penggunaan produk SERUM yang berkualiti dan yang mengandungi ingredients yang dapat penetrate kulit jauh lebih dalam. Ia bagus kerana serum jenis ini dapat membina semula kolagen dan restore skin function kita. Jika ada skin concern, berbaloi cari produk serum yang betul-betul bagus berbanding beli dermaroller yang murah.
Alternatif 2: Melalui treatment aesthetic yang dipanggil MICRONEEDLING. Prosedur ini sangat selamat dan efektif untuk menggalakkan produksi kolagen, mengurangkan kedutan dan garis halus, masalah liang pori-pori, hyperpigementation, dan parut jerawat (acne scar). Jarum-jarum yang tepat dan telah sterile akan digunakan oleh aesthetician berlesen atau dermatologist untuk melakukan prosedur ini dengan baik. Prosedur ini jauh lebih selamat dan berkesan berbanding melakukan dermaroller.
So, macam mana? Dapat belajar sesuatu dari post ini? Jika rasa ianya bagus dan bermanfaat, jangan lupa untuk #SHARE dan #LIKE ya! Terima kasih.
Have a nice day everyone!



![[SHARING IS CARING] SALAH SATU INGREDIENT BAIK UNTUK JERAWAT YANG JARANG DIBINCANGKAN](https://static.wixstatic.com/media/d8a30b_12935769408b4b1494cf14adec8c2cad~mv2.png/v1/fill/w_940,h_788,al_c,q_90,enc_avif,quality_auto/d8a30b_12935769408b4b1494cf14adec8c2cad~mv2.png)

Komen