[SHARING IS CARING] BERSIHKAN KULIT WAJAH SEKURANG-KURANGNYA 1 MINIT
- Cik Jojo

- 29 Jul 2020
- 1 min membaca
Updated: 20 Ogo 2020
Maklumat berdasarkan kajian saintifik untuk mencari produk berkesan dan selamat, hanya di NURÉAA
Hai korang! Korang kalau membersihkan kulit wajah berapa lama ya? Hari tu Cik Jojo ada cerita sikit dengan pengalaman melakukan oil cleansing. Pada 60 saat yang pertama, oil cleansing tersebut hanya dapat meresap pada kulit dan liang pori-pori sahaja, so, untuk membersihkan dengan baik kena lakukan di antara 3-5 minit untuk mengeluarkan kotoran yang tersumbat. Itu kisah oil cleansing. Macam mana pulak dengan cleansing water-based biasa?
👉Disebabkan kita telah membersihkan kulit dengan oil cleansing (pada rutin malam), kebanyakan kotoran yang degil dan sangat susah dibersihkan telah dapat dikeluarkan dengan oil cleansing. So, untuk membilas dan mencuci wajah dengan water-based cleanser pula, ia lebih mudah dan disarankan sekurang-kurangnya 1 minit. Maksudnya, cleanser ini dapat menyingkirkan kotoran yang ringan, dan sisa oil cleansing yang tertinggal. So, jangan lupa tau untuk complete kan cuci muka kita at least 1 minit dengan water-based cleanser ya! Oil cleansing sahaja tidak memadai, atau water-based cleanser sahaja juga tidak cukup dapat membersihkan kotoran. Gunakan kedua-duanya, ya!
Cik Jojo punya favorite oil cleansing: Kose Cosmeport Softymo Deep Cleansing Oil sebab dia boleh keluarkan segala kotoran yang boleh nampak berbiji-biji dan water-based cleanser pulak Hada Labo Super Hyaluronic Acid Hydrating Foaming Wash memang tak strip out moisture, rasa lembab dan best je. Korang punya oil cleansing dan water based cleanser yang mana satu?
Selamat mencuba dan semoga post ini bermanfaat.

Have a nice day everyone!



![[SHARING IS CARING] SALAH SATU INGREDIENT BAIK UNTUK JERAWAT YANG JARANG DIBINCANGKAN](https://static.wixstatic.com/media/d8a30b_12935769408b4b1494cf14adec8c2cad~mv2.png/v1/fill/w_940,h_788,al_c,q_90,enc_avif,quality_auto/d8a30b_12935769408b4b1494cf14adec8c2cad~mv2.png)

Komen