[SHARING IS CARING] GUNAKAN ACTIVES PADA KULIT LEMBAP ATAU KERING?
- Cik Jojo
- 20 Nov 2020
- 1 min membaca
Maklumat berdasarkan kajian saintifik untuk mencari produk berkesan dan selamat, hanya di NURÉAA
Hai semua! Mungkin ramai pengguna produk actives kat dalam page ni, kan? Antara contoh produk actives tu macam range of acid, vitamin C, retinol, niacinamide dan beberapa lagi. Tapi yang sebenarnya, kena gunakan produk active pada kulit yang lembap atau kulit kering? Lazimnya, dan dalam post yang pernah Cik Jojo share kan sebelum ini, produk actives ni sangat bagus digunakan ke atas kulit yang kering. Ini kerana ada sesetengah orang, mudah mendapat masalah kulit sensitised (kondisi kulit menjadi sensitif) atau kulit cepat mendapat rasa merengsa (irritated). So, untuk mengelakkan masalah berlaku, produk actives adalah sangat ideal digunakan ke atas kulit yang kering (contohnya, selepas membersihkan kulit dan dibiarkan kering).

Walau bagaimanapun, produk actives juga boleh digunakan ke atas kulit yang lembap (damped skin) JIKA kulit seseorang itu TIDAK mudah rasa merengsa (irritated) atau tidak mudah sensitif. Soalnya sekarang, dalam skincare journey tidak ada cara yang betul ataupun salah, kebanyakannya bergantung kepada jenis kulit dan kondisi kulit kita. So, always listen to what our skin needs. Walaupun banyak tips menyarankan denga cara A, cara B sebenarnya tidak mungkin salah jika kulit tidak mempunyai masalah.
Selamat mencuba dan melakukan apa yang kulit korang suka, okay! Yang penting pastikan segala produk yang digunakan adalah selamat dan bersih. Good luck all!
Have a nice day everyone!

Comments