[SHARING IS CARING] INGREDIENT DALAM PRODUK SKINCARE YANG DIPERLUKAN OLEH KULIT KERING
- Cik Jojo
- 5 Nov 2020
- 1 min membaca
Maklumat berdasarkan kajian saintifik untuk mencari produk berkesan dan selamat, hanya di NURÉAA
Hai semua! Untuk sharing is caring hari ini, Cik Jojo nak sharekan ingredients yang patut korang pertimbangkan apabila membaca label produk skincare yang nak dibeli. For today, kita fokus untuk mereka yang mempunyai kulit kering okay!

Untuk mereka yang mempunyai kulit kering, HUMECTANTS adalah sangat diperlukan untuk mengisi hydration. Antara ingredients HUMECTANTS yang membantu termasuklah: GLYCERIN, HYALURONIC ACID, UREA, PANTHENOL, PROPYLENE GLYCOL dan POLYGLUTAMIC ACID.
Di samping itu, EMOLLIENTS juga boleh membantu kulit kering termasuklah SQUALENE, CHOLESTEROL, FATTY ACIDS (seperti linoleic atau oleic acid), NIACINAMIDE, ALLANTOIN, dan CERAMIDES (di mana ianya dapat memulihkan skin barrier).
Selain itu, OCCLUSIVES (atau boleh juga SEMI-OCCLUSIVES) seperti BEESWAX, SILICONES, OILS, PETROLATUM, dan SHEA BUTTER, yang mana depa ni dapat melambatkan trans-epidermal water loss (kehilangan air).
Kesimpulannya, kulit kering memerlukan semua yang disebutkan ini terutamanya pada produk MOISTURISER yang berperanan memberikan kelembapan yang tinggi. So, kalau korang nak invest in skincare products untuk kulit sendiri, berikan keutamaan kepada CLEANSER, MOISTURISER dan SUNSCREEN. Depa ni lah yang paling asas dan berbaloi kalau nak invest untuk produk kecantikan.
Semoga bermanfaat ya! Kalau suka post ini jangan lupa #SHARE dan #LIKE tau. Stay safe and take care.
Have a nice day everyone!

Komen