top of page

[SHARING IS CARING] MEMBERSIHKAN MAKEUP TIDAK DIKIRA SEBAGAI MEMBERSIHKAN KULIT WAJAH

  • Writer: Cik Jojo
    Cik Jojo
  • 3 Ogo 2020
  • 1 min membaca
Maklumat berdasarkan kajian saintifik untuk mencari produk berkesan dan selamat, hanya di NURÉAA

Hai korang! Haaaa.. bila baca tajuk pun dah tahu post ini untuk apa kan? So, sharing is caring kali ini ingin menegaskan yang membersihkan makeup TIDAK DIKIRA sebagai membersihkan kulit wajah dengan betul. 🤓


✅ Back to basic skincare routine, membersihkan kulit wajah (CLEANSE) adalah perkara yang wajib dilakukan setiap hari dan tak boleh skip (sama seperti penggunaan SUNSCREEN dan MOISTURISER).


✅ Untuk mereka yang membersihkan makeup dengan oil cleansing contohnya, ia masih tidak memadai dan tidak boleh dianggap telah melakukan cleansing. Ini kerana, sisa daripada makeup dan oil cleansing yang tertinggal setelah dibilas dengan air masih ada lagi. Sebab itulah water-based cleanser wajib dilakukan selepas oil-cleansing kerana ia dapat menyingkirkan almost semua sisa kotoran tersebut.


✅ Satu lagi, as a friendly reminder, penggunaan MAKEUP WIPES juga TIDAK dapat membersihkan kulit wajah dengan baik atau memang tidak membersihkan langsung. Penggunaannya hanya boleh menarik keluar kelembapan semulajadi kulit, dan sekaligus melemahkan skin’s barrier. Akibatnya, ia boleh memberikan kemerahan, merengsa (irritate), jerawat, dan rasa gatal.


Semoga perkongsian ini dapat dimanfaatkan bersama ya! Jangan lupa #SHARE dan #LIKE jika post ini memberikan sesuatu yang baik. Terima kasih.😍

Have a nice day everyone!


Komen


Post: Blog2_Post
bottom of page