SINARAN UV ADALAH MUSUH NOMBOR 1 KULIT KITA
- Cik Jojo

- 13 Nov 2020
- 2 min membaca
Maklumat berdasarkan kajian saintifik untuk mencari produk berkesan dan selamat, hanya di NURÉAA
Hai semua! It’s Friday dah kan. How’s this week? Cik Jojo harap semuanya smooth dan dipenuhi dengan perkara-perkara best je termasuklah 11.11 sale hari tu. So, dah sampai ke barang shoppingnya? Hehe! Gurau je ya. Okaylah, untuk beauty awareness hari ini, jom kita lihat kenapa SINARAN UV adalah musuh nombor 1 untuk kulit kita. Pendek kata, kenapa kita kena halang sinaran UV dari matahari tu terus ke kulit kita.

Sinaran UV adalah musuh nombor 1 kulit kita kerana;
1) Sun exposure adalah punca nombor 1 terjadinya premature aging of skin. Maksudnya, pendedahan terus kepada sinaran UV tanpa sebarang perlindungan seperti sunscreen adalah punca utama kulit kita ni nampak lebih tua daripada umur kita. So, ini adalah point utama yang kena take note
2) Sun exposure juga adalah punca nombor 1 terjadinya kanser kulit. Now you see, penggunaan sunscreen bukan hanya nak lindungi daripada sunburn atau kulit menjadi gelap tetapi ia dapat membantu kulit kita daripada kanser kulit. So, sunscreen bukan sebab suka-suka atau kosmetik.
3) Sun exposure juga lah yang menjadi punca nombor 1 terjadinya formasi radikal bebas (formatipn of free radicals) kepada kulit. As a friendly reminder, free radicals ni adalah wild oxygen-based atoms atau molekul yang sangat tak stabil dan desperately cari peluang untuk stabil, contohnya dengan cara mencuri atom lain daripada stuktur kulit kita seperti sel mambran.
Nah, ni dah Cik Jojo berikan 3 sebab paling utama kenapa kita perlu menggunakan sunscreen setiap hari dan re-apply setiap 2 jam. Sunscreen ni tak perlu beli melampau-lampau mahal, cukup sekadar ia mempunyai filter yang dapat menapis sinaran UV (termasuklah both UVA dan UVB). Kat farmasi pun banyak boleh didapati, just pilih nak brand apa dan kuantiti ml nya sahaja.
Ingat tau, jangan lupa gunakan sunscreen walaupun duduk dalam rumah/bangunan. With that, I wish you all selamat berhujung minggu, stay safe dan take care. Jangan lupa kerap cuci tangan, gunakan mask, hand sanitiser, jaga jarak social distancing dan minum air kosong mencukupi ya!
See you on Monday! Have a great weekend everyone.



![[SHARING IS CARING] SALAH SATU INGREDIENT BAIK UNTUK JERAWAT YANG JARANG DIBINCANGKAN](https://static.wixstatic.com/media/d8a30b_12935769408b4b1494cf14adec8c2cad~mv2.png/v1/fill/w_940,h_788,al_c,q_90,enc_avif,quality_auto/d8a30b_12935769408b4b1494cf14adec8c2cad~mv2.png)

Komen