SKINCARE WAKTU KUARANTIN/LOCKDOWN
- Cik Jojo

- 10 Nov 2020
- 2 min membaca
Maklumat berdasarkan kajian saintifik untuk mencari produk berkesan dan selamat, hanya di NURÉAA
Assalammualaikum dan selamat sejahtera semua! Memandangkan banyak tempat di seluruh dunia mengalami peningkatan kes covid dan banyak negara juga telah melakukan kuarantin, kawalan pergerakan dan lockdown, so apa kata hari ini kita lihat skincare tips yang patut dan tidak patut dilakukan ketikan waktu pandemik ini.

Di samping menjaga kebersihan dan kecantikan kulit, jangan lupa untuk jaga overall kesihatan diri sama ada dalam bentuk fizikal, emosi mahupun mental. Kombinasi ketiga-tiga ini dapat memberikan hasil pada kulit kita tau. Contohnya, jika terlampau stress, kulit pun boleh dapat impak negatif seperti kering, jerawat, dan kusam. Jom lihat tips DO’s dan DON’TS yang membantu ini;
DO’s (PATUT LAKUKAN)
Bersenam! Ia dapat membantu kesihatan dan sekaligus membuatkan kulit kita nampak sihat dan glowing.
Minum air kosong mencukupi dan banyakkan buah-buahan segar. Ia dapat memberikan hydrasi kepada tubuh badan dan hasil dari badan yang sihat juga dapat dilihat pada kulit kita.
DON’TS (YANG TIDAK PATUT DILAKUKAN)
Jangan lupa untuk menggunakan moisturiser dan sunscreen setiap hari, walaupun mempunyai kulit berminyak atau walaupun berada di dalam rumah/bangunan.
Bila berada dalam dalam rumah dan limited waktu keluar dalam tempoh pandemik ini, jangan pula leka sampai tidur pun tidak mencukupi sebab layan drama atau main games sampai menjejaskan waktu tidur. Tidur dia antara 7 hingga 8 jam sehari untuk lebih bertenaga dan tidak lesu.
Paling penting sekali, jangan gunakan produk skincare yang agak harsh dan kasar kepada kulit sehingga boleh menyebabkan irritating terutamanya ketika melakukan home facial peels atau home facial masks.
Selamat mencuba ya! Jangan lupa tau jaga keselamatan dan kesihatan diri. Always listen to what your skin needs. Stay safe and take care all.
Have a nice day everyone!



![[SHARING IS CARING] SALAH SATU INGREDIENT BAIK UNTUK JERAWAT YANG JARANG DIBINCANGKAN](https://static.wixstatic.com/media/d8a30b_12935769408b4b1494cf14adec8c2cad~mv2.png/v1/fill/w_940,h_788,al_c,q_90,enc_avif,quality_auto/d8a30b_12935769408b4b1494cf14adec8c2cad~mv2.png)

Komen