SODIUM PCA: INGREDIENT YANG BOLEH ATTRACT MOISTURE KEPADA SEL KULIT
- Cik Jojo

- 22 Mei 2020
- 1 min membaca
Updated: 16 Jul 2020
Maklumat berdasarkan kajian saintifik untuk mencari produk berkesan dan selamat, hanya di NURÉAA
Assalammualaikum dan selamat pagi korang semua! Hari ini hari paling best for this week kan sebab it’s Friday, and we are going to celebrate Hari Raya soon, so makan sedap-sedap lah kan. Again, I would like to remind myself dan semua sekali: makan beraya harus juga bersederhana, dan jangan berlebihan okay! Okaylah untuk pagi ini,Cik Jojo nak sharekan satu ingredient penting dalam produk penjagaan wajah yang korang boleh pertimbangkan semasa membuat pilihan produk. Nama ingredient tersebut ialah Sodium PCA.
👉Sodium PCA ni nama panjangnya Sodium Pyrrolidone Carboxylic Acid (fuh, panjang kan!). Ia adalah komponen natural kulit dan salah satu major Natural Moisturing Factor (NMF) kulit manusia.
📍So, what? Apa yang bagus sangat tentang ingredient ini?
👉Sodium PCA ini adalah agen yang sangat sangat sangat bagus mengikat air untuk kulit kita. So, ia dikategorikan sebagai humectant, kerana ia adalah satu water absorbent (penyerap air) yang boleh memegang dan mengikat beberapa kali lebih berat daripada beratnya sendiri. So, disebabkan dia punya humectact properties yang sangat tinggi, Sodium PCA ini dapat menarik kelembapan kepada sel kulit dan mengurangkan kehilangan kelembapan melalui evaporation (penyejatan).
👉Andai katalah korang terjumpa nama ingredient Sodium PCA ni kat packaging produk, so korang dah taulah apakah fungsinya. Banyak sangat produk penjagaan wajah yang mempunyai ingredients ini.👍👍👍

Semoga post ini memberikan sedikit informasi kepada korang tentang Sodium PCA. Kalau suka post ini boleh #LIKE dan #SHARE ya! Terima kasih ya!😘
Have a nice day everyone!



![[SHARING IS CARING] SALAH SATU INGREDIENT BAIK UNTUK JERAWAT YANG JARANG DIBINCANGKAN](https://static.wixstatic.com/media/d8a30b_12935769408b4b1494cf14adec8c2cad~mv2.png/v1/fill/w_940,h_788,al_c,q_90,enc_avif,quality_auto/d8a30b_12935769408b4b1494cf14adec8c2cad~mv2.png)

Komen