top of page

SUNSCREEN BOLEH TAMAT TEMPOH (EXPIRE) KE?

  • Writer: Cik Jojo
    Cik Jojo
  • 21 Ogo 2020
  • 2 min membaca

Updated: 28 Ogo 2020

Maklumat berdasarkan kajian saintifik untuk mencari produk berkesan dan selamat, hanya di NURÉAA

Hai korang, Cik Jojo harap semuanya baik-baik sahaja untuk korang hari ini ya. So dah ada plan untuk weekends ini ke? 🤩🤩Plan baik-baik dan sentiasa ikut SOP yang KKM sarankan tau. Okaylah, untuk hari ini, Cik Jojo nak share satu lagi informasi tambahan tentang SUNSCREEN.


👉 Korang pernah terfikir tak kalau sunscreen ini ada expiry date atau tidak? Jawapannya, YA, produk SUNSCREEN juga mempunyai expiration date atau tarikh tamat tempoh. Pengeluar produk-produk sunscreen diwajibkan stamped atau marked setiap produk mereka bukan sahaja ingredients dan maklumat wajib malah tarikh tamat tempoh juga tau. So, kalau produk sunscreen sudah tamat tempoh, cuba elakkan untuk menggunakannya atau ia boleh memudaratkan kulit kita. 😎😉


👉 Untuk makluman, produk SUNSCREEN harus disimpan di tempat yang sejuk dan kering, bukan di tempat yang panas atau terdedah kepada haba matahari. Kalau kita ke pantai untuk berenang atau berjemur sekalipun, SUNSCREEN harus disimpan dalam keadaan sejuk dan terlindung daripada panas. Jika tidak dilakukan, fungsi produk sunscreen boleh berkurangan.


👉 Korang gunakan sunscreen apa tu? Cik Jojo ada beberapa jenis senarai sunscreen yang bukan sahaja sering dibincangkan tetapi juga berkesan tau. Jom check kat bawah ini:

Sumber rujukan dan bacaan lanjut boleh didapati di sini:

1) Lee, A., Garbutcheon-Singh, K.B., Dixit, S., Brown, P., and Smith, S.D., 2015. The influence of age and gender in knowledge, behaviors, and attitudes towards sun protection: a cross-sectional survey of Australian outpatient clinic attendees. American Journal of Clinical Dermatology, 16(1), pp.47-54.


2) Garbutcheon‐Singh, K.B., Dixit, S., Lee, A., Brown, P., and Smith, S.D., 2016. Assessment of attitudes towards sun‐protective behavior in Australians: A cross‐sectional study. Australasian Journal of Dermatology, 57(2), pp.102-107.


3) Kurban, N.A., Altwaim, S.A., Altayeb, G.A., Somali, N.A., Almehmady, A.M., and Alharbi, W.S., 2020. Cosmeceutical awareness among community pharmacists in Jeddah, Saudi Arabia: The case of sunscreens and moisturizers. Journal of Cosmetic Dermatology.


4) Tejal, P., Nishan, D., Amisha, J., Umesh, G., Desai, K.T. and Bansal, R.K., 2013. Cosmetics and health: usage, perceptions and awareness. Bangladesh Journal of Medical Science, 12(4), pp.392-397.


Semoga informasi dan tips ini berguna dan dapat dimanfaatkan bersama ya! 😍😘🥰 Cik Jojo wish you all selamat berhujung minggu dan jaga both kesihatan dan keselamatan tau. Jangan lupa always listen to what your skin needs, take care korang! Jumpa hari Isnin ya.😁😍


Have a nice day everyone!


Comments


Post: Blog2_Post
bottom of page