top of page

TIPS MEMILIH PENGGUNAAN CLAY MASK ATAU MUD MASK

  • Writer: Cik Jojo
    Cik Jojo
  • 2 Nov 2020
  • 2 min membaca

Updated: 4 Nov 2020

Maklumat berdasarkan kajian saintifik untuk mencari produk berkesan dan selamat, hanya di NURÉAA

Assalammualaikum dan selamat sejahtera semua! Apa khabar semua hari ini? Cik Jojo harap semuanya baik-baik sahaja ya! Untuk beauty tips hari ini, Cik Jojo nak sharekan satu tips yang mungkin berguna kepada mereka yang tengah mencari produk clay mask atau mud mask. Sebelum membeli salah satu produk ini, apakah perbezaan mereka berdua ni? Jom kita check perbezaan mereka, and then barulah decide nak beli yang mana satu.

1) Clay mask berfungsi sebagai produk yang dapat membersihkan liang pori-pori dari sebum dan kotoran yang tersumbat. Ia adalah jenis produk skincare yang sangat bagus untuk mengatasi masalah jerawat, liang pori-pori yang “visible” atau “nampak jelas/besar”, komedo, dan kotoran lain. Ia juga di panggil drying skin agent. Penggunaan produk clay mask adalah disarankan 2 atau 3 kali semunggu (tergantung kepada kulit individu). Antara jenis clay mask yang biasa digunakan termasuklah kaolin (untuk kulit kering dan sensitif), bentonite (untuk kulit berminyak), dan sea clay (untuk kulit normal hingga berminyak).


2) Mud mask pula berfungsi sebagai produk yang memberikan hydration kepada kulit kerana sifatnya yang hydrating dan memberikan nutrisi atau kita panggil skin-healing agent. Mud mask ini adalah water-based sebab itulah sifatnya hydrating. Ia boleh digunakan setiap hari tetapi juga tergantung kepada jenis dan kondisi kulit individu. Untuk mereka yang mempunyai kulit kering, dehydrated dan kulit kusam, mud mask adalah lebih sesuai.


So, pilihan korang yang mana satu? Remember, always listen to what your skin needs. Tidak semua produk skincare diperlukan oleh kulit kita dan memang ada produk skincare yang sangat diperlukan oleh kulit kita. Task ini kena tuan punya kulit sendiri observe dan ambil tahu.


Semoga post ini membantu dalam membuat pilihan membeli produk skincare. Take care and stay safe all!


Have a nice day everyone!


Comments


Post: Blog2_Post
bottom of page