TIPS MEMILIH PRODUK RETINOIDS
- Cik Jojo

- 16 Okt 2020
- 1 min membaca
Maklumat berdasarkan kajian saintifik untuk mencari produk berkesan dan selamat, hanya di NURÉAA
Assalammualaikum dan selamat sejahtera semua! It’s Friday dah pun kan. Sekejap jer berlalu minggu ini. Semoga this week dapat kita semua tempuhi dengan baik dan sabar. Paling penting sekali jangan lupa untuk menjaga kebersihan diri ketika musim pandemik ya, stay safe and take care.

Okay lah, untuk tips hari ini, Cik Jojo nak sharekan tentang tips ringkas untuk memilih produk retinoid yang sesuai dengan kulit kita. Tentu korang perasan yang produk retinoid seperti retinol ada banyak sangat di Watson, Guardian, online platform hinggalah kat kedai brand produk skincare. Tapi macam mana nak pilih yang betul-betul sesuai dengan kulit kita? Sebelum kita lihat jadual yang Cik Jojo sertakan ni, fungsi produk retinoid adalah untuk mengurangkan kedutan dan garis halus dan juga melambatkan process penuaan kulit wajah. Ia sebenarnya bertindak sebagai produk anti-aging (anti-penuaan) yang berfungsi dengan baik dan kandungan vitamin A mempunyai banyak sokongan kajian saintifik.
So, kalau nak tahu tips untuk memilih produk retinoids yang sesuai, jom kita lihat jadual yang disertakan ini. Tapi, kena ingat tau, TIDAK semua orang toleransi dengan produk retinoids ni. Jangan lupa untuk lakukan patch test. Oh ya satu lagi, ada juga beberapa produk retinoids yang dinyatakan dalam jadual ini TIDAK BOLEH didapati sebagai over-the-counter product, contohnya retinoic acid macam tretinoin kena dapatkan preskripsi dari doktor.
Semoga jadual ini membantu dalam skincare journey. Kalau nak lebih jelas, boleh click pada gambar dan "save as" supaya boleh zoom lebih dekat lagi.
Have a nice day everyone!



![[SHARING IS CARING] SALAH SATU INGREDIENT BAIK UNTUK JERAWAT YANG JARANG DIBINCANGKAN](https://static.wixstatic.com/media/d8a30b_12935769408b4b1494cf14adec8c2cad~mv2.png/v1/fill/w_940,h_788,al_c,q_90,enc_avif,quality_auto/d8a30b_12935769408b4b1494cf14adec8c2cad~mv2.png)

Komen