3 CARA NAK ATASI TANDA PENUAAN DI BAWAH MATA
- Cik Jojo

- 10 Dis 2019
- 3 min membaca
Updated: 18 Jul 2020
Maklumat berdasarkan kajian saintifik untuk mencari produk berkesan dan selamat, hanya di NURÉAA
Selamat hari Isnin korang! Cam ner weekend lepas, korang buat apa je.. atau pergi mana?... Cik Jojo spent masa baca buku sambil relax... Pagi ni, kita sambung tentang tips kecantikan lagi ya...
“Saya nak kulit cantik macam orang Korea, Jepun, atau selebriti terkenal, tetapi pasti saya tidak mampu”. Adakah korang hanya melihat pada kulit muka mereka sahaja? Kalau korang fikir hanya tiada jerawat maksudnya sihat. Tidak! Jangan tertipu ya. Kebanyakan orang menutup cela dengan teknik make up, ada yang mempunyai kerosakan kulit di bawah lapisan epidermis, selain noda dan cela yang jelas terpapar apabila bareface (tanpa makeup). Kita sering ditekankan, dimomokan, ditakutkan, disarankan.... dan segala di lah!...hanya kepentingan menjaga pada kulit muka tetapi sering terlupa pada kulit di bahagian leher dan kulit di sekitar mata. Untuk post kali ni Cik Jojo fokuskan tentang kepentingan menjaga kulit disekitar mata okay! Next time, Cik Jojo further discuss tentang perihal menjaga kulit di bahagian leher dan kepentingannya. Jom baca sedikit summary untuk post kali ini:
Tahukah korang bahagian mata adalah bahagian paling mudah untuk meneka umur korang? Ya, memang benar. Macam mana dan kenapa? Firstly, bahagian ini SERING dipandang remeh. Bila orang teka umur kita lebih tua daripada umur yang sebenarnya, kita sentap. Tapi kita sendiri tidak mahu berusaha. Ingat ya! Tanda-tanda penuaan pertama muncul di sekitar bahagian mata, terutamanya di BAWAH MATA dan di SISI MATA. Ini kerana di bahagian tersebut mempunyai kulit yang jauh lebih nipis dan lembut. Tak percaya, korang cubalah sentuh sendiri, ataupun tengok gambar closed up 5 tahun lepas dengan sekarang. Disebabkan teksturnya begitu, ianya sangat mudah menyerap produk penjagaan khas untuk bahagian kulit di sekitar mata. Walau bagaimanapun, JANGAN gunakan moisturiser atau lotion atau krim sebarangan ya! Pilihlah produk yang DIKHASKAN hanya untuk menjaga bahagian sekitar kulit mata korang yang DIJAMIN KESELAMATANNYA dan ADA GURANTEE, serta mengikut KESESUAIAN JENIS KULIT korang. So, ini kali ke 800 Cik Jojo nasihatkan tentang kepentingan mengetahui JENIS KULIT korang dahulu. Ingat, there’s no one can confirm korang punya skin type melainkan DOKTOR atau DERMATOLOGIST bertauliah (Bertauliah ni maksudnya: Mereka ni graduated dari accredited Universiti untuk kursus perubatan yang juga melibatkan kesihatan awam TERMASUKLAH bahagian KULIT dan mereka ni belajar between 6 years dan ke atas dan mereka ni berdaftar dengan Kementerian Kesihatan. Nak jumpa mereka ni selalu kat hospital dan klinik sama ada swasta atau kerajaan). Jelas dak? Jangan tersalah jumpa pulak tau 😝
Berikut adalah ciri-ciri PENTING produk penjagaan kulit di bahagian mata yang harus korang ketahui;
1) Produk kecantikan untuk sekitar kulit mata haruslah ringan dan lembut,
2) Disebabkan ianya bahagian sensitif dan berkulit nipis, carilah produk yang sangat sesuai dan bahan khusus untuk menggurangkan terjadinya mata sembab, eyebag, kantung mata, dan melambatkan kesan penuaan.
3) Paling penting, jenis EYE-CREAM adalah produk terbaik untuk kontur mata korang yang BERKULIT KERING, dan produk EYE-GEL adalah sesuai untuk BERKULIT NORMAL. Nah! Jika korang masukan penjagaan kulit bahagian sekitar mata dalam rutin harian penjagaan kulit korang, sesiapa yang melihat korang pasti terkejut meneka umur korang. Bahagianya sampai teringat lagu.... dari sinar mata😆....
Walau bagaimanapun, KUNCI UTAMA untuk penjagaan kulit di sekitar bahagian mata dan kulit khususnya ialah TIDUR YANG MENCUKUPI, MINUM AIR BANYAK, MAKAN BUAH-BUAHAN DAN SAYURAN SEGAR, dan PEMAKANAN SEIMBANG! Tips kecantikan dan produk kecantikan hanyalah tambahan kepada rutin sihat anda yang boleh jadi diperlukan atau tidak diperlukan.

Semoga bermanfaat dan selamat mencuba! Kalau anda suka post ini boleh #LIKE #SHARE #FOLLOW facebook NURÉAA. Kita ada program free giveaway tau!
Ps: Cik Jojo masih lagi menerima penyertaan untuk giveaway #1! Cepat-cepat hantarkan penyertaan korang.. kalau malu, inbox pun boleh. No problem!
Have a nice day everyone!





Komen