4 TIPS MENJAGA RAMBUT YANG SELALU DIWARNAI
- Cik Jojo

- 26 Feb 2020
- 2 min membaca
Updated: 16 Jul 2020
Maklumat berdasarkan kajian saintifik untuk mencari produk berkesan dan selamat, hanya di NURÉAA
Assalammualaikum dan selamat pagi korang semua!! Harap-harap korang bersemangat untuk memulakan hari korang. Kalau korang ada stress atau masalah, jangan simpan sorang-sorang tau. Carilah rakan yang boleh dipercayai atau dapatkan khidmat kaunseling dan sebagainya. Bukan apa, kalau stress atau asyik memikirkan masalah je, nanti naik pulak jerawat kat muka, kan. So, disamping menjaga kesihatan mental dan emosi, ianya sekali gus dapat membantu menjaga kulit wajah kita. Ceria-ceria selalu korang, kalau nak mudah korang tengok je cerita kelakar, atau baca bahan yang boleh buatkan korang ketawa. Okaylah, hari ini Cik Jojo nak sharekan 4 tips menjaga rambut yang selalui diwarnai. 👉Selalunya, siapa yang suka warna rambut ni ianya akan menbuatkan rambut agak sedikit kering dan mengerbang. Kadang kala, rambut rosak atau gugur juga sering terjadi. Haaaa.. nak warnakan rambut pun mesti ambil tahu ingredients nya tau, jangan main hentam sahaja. Kat bawah ni ada 4 tips utama, jom check ya: ➡️ Elakkan terlalu sering mencuci rambut Maksudnya disini bukanlah jangan cuci rambut langsung. Aje busuk hapak pulak baunya nanti. Kalau korang jenis suka nak cuci rambut, adalah disarankan untuk menggunakan shampoo jenis kering sebagai alternative mencuci rambut terutamanya yang panjang. Walau bagaimanapun, kalau korang nak cuci macam biasa pun tentulah boleh tetapi ramaskan rambut dalam 2 hingga 3 kali saja. Kalau ramaskan rambut bagai nak rak, nanti warna pada rambut tersebut cepat pudar. ➡️ Gunakan conditioner. Selepas selesai mencuci rambut, pastikan rambut dioleskan dengan conditioner yang bersesuaian. Tujuan utamanya ialah untuk menjaga kelembapan rambut. Biarkan seketika dan bilas dengan air sejuk. ➡️ Gunakan air sejuk semasa mencuci dan membilas rambut. Bila kita gunakan air suam ianya dapat membuatkan kutikula rambut naik, dan menyebabkan rambut menjadi sedikit kerinting dan hilang kelembapannya (menjadi kering). So, mencuci dan membilas rambut dengan air sejuk amatlah membantu dalam penjagaan rambut. ➡️ Diet seimbang. Haaaaaa nampak tak, makan makanan berkhasiat dan mengamalkan diet seimbang dapat memberikan kebaikan bukan hanya pada kulit wajah malah rambut kita ni. Nampak macam cliché je kan tapi itulah hakikat sebenarnya. Untuk menjaga kecantikan rambut (sama ada yang diwarnakan mahupun tidak diwarnakan), perbanyakkanlah consume ikan serperti salmon dan makerel. Ini disebabkan ikan mengandungi omega-3 yang dapat menguatkan rambut dan memberikan kilauan yang cantik. Untuk korang yang ada masalah rambut rapuh selepas mewarnakan rambut, korang boleh cari produk vitamin E dan makan makanan yang mengandungi vitamin E. Semoga 4 tips mudah ini dapat membantu korang yang ada masalah rambut atau nak jaga rambut yang diwarnai tu dengan baik. Kalau suka post ini boleh berikan #LIKE atau #LOVE dan #SHARE kat facebook NURÉAA sekarang. Jangan lupa tau untuk join free giveaway, maklumat lanjut jom follow facebook kami sekarang! Gift best-best tu. Terima kasih korang! Kita jumpa late evening nanti ya.

Have a nice day everyone!



![[SHARING IS CARING] SALAH SATU INGREDIENT BAIK UNTUK JERAWAT YANG JARANG DIBINCANGKAN](https://static.wixstatic.com/media/d8a30b_12935769408b4b1494cf14adec8c2cad~mv2.png/v1/fill/w_940,h_788,al_c,q_90,enc_avif,quality_auto/d8a30b_12935769408b4b1494cf14adec8c2cad~mv2.png)

Komen