TIPS PENGGUNAAN NIACINAMIDE YANG BERKESAN
- Cik Jojo

- 1 Okt 2020
- 1 min membaca
Maklumat berdasarkan kajian saintifik untuk mencari produk berkesan dan selamat, hanya di NURÉAA
Assalammualaikum dan selamat sejahtera semua! How’s your day korang? Hopefully semuanya baik-baik sahaja ya! Untuk beauty tips hari ini, Cik Jojo nak sharekan tentang penggunaan Niacinamide atau Vitamin B3. Sebelum itu, jom kita ingat semula fungsi niacinamide ni. Ada sesiapa kat sini yang gunakan produk niacinamide tak dalam skincare routine? Kalau ada, adakah ianya membantu untuk skin concern tertentu korang?

Penggunaan produk niacinamide adalah berkesan dan bagus untuk mengurangkan tanda-tanda awal penuaan (sign of aging), meningkatkan invisibility (ketidaknampakkan) liang pori-pori, menyekatakan tona kulit dan ia juga membantu mencerahkan kulit untuk penggunaan dalam tempoh tertentu. Paling bagus tentang penggunaan niacinamide ini dia boleh digunakan pada any pH level kulit. So, tidak perlu risau macam nak gunakan retinol, AHAs/BHAs ataupun vitamin C.
Tips tambahan untuk hari ini ialah, kalau nak gunakan produk niacinamide ini jangan lupa lihat pada concentrationnya ya. Terdapat banyak sangat produk niacinamide ni terutamannya berbentuk serum. Tetapi TIDAK SEMUA nya dapat berfungsi dengan baik dan berkesan. Ini kerada concentration yang digunakan dalam penghasilan produk niacinamide adalah berbeza. So, untuk panduan membeli produk niacinamide, pastikan baca label dan pertimbangkan produk niacinamide yang mempunyai concentration 3% dan ke atas. Niacinamide dapat berfungsi dengan efektif pada concentration paling kurang 3%.
Selamat membuat pilihan dan pembelian yang bijak! Remember, jangan lupa baca ingredients functional dan keselamatan produk skincare. Take care and stay safe all!
Have a nice day everyone!



![[SHARING IS CARING] SALAH SATU INGREDIENT BAIK UNTUK JERAWAT YANG JARANG DIBINCANGKAN](https://static.wixstatic.com/media/d8a30b_12935769408b4b1494cf14adec8c2cad~mv2.png/v1/fill/w_940,h_788,al_c,q_90,enc_avif,quality_auto/d8a30b_12935769408b4b1494cf14adec8c2cad~mv2.png)

Komen