top of page

TIPS SKINCARE KOREA UNTUK LELAKI

  • Writer: Cik Jojo
    Cik Jojo
  • 5 Mei 2020
  • 3 min membaca

Updated: 16 Jul 2020

Maklumat berdasarkan kajian saintifik untuk mencari produk berkesan dan selamat, hanya di NURÉAA

Hai korang! Lama dah kita tak cerita tentang K-Beauty kan. So, petang/malam ini Cik Jojo nak sharekan sedikit tentang K-Beauty. Walau bagaimanapun, topik kali ini tertumpu kepada golongan lelaki pula. Jom kita baca topik hari ini berkenaan tentang skincare Korea untuk golongan lelaki.


👉Untuk pengetahuan, industri kecantikan yang memfokuskan kepada golongan lelaki sebagai target market di Korea Selatan telah memberikan pulangan lebih kurang USD1.2juta pada tahun 2016. Penyelidik pemasaran dalam industri kecantikan telah membuat anggaran kenaikan sekitar 10% daripada keuntungan ini untuk setiap tahun. Ini disebabkan oleh peningkatan terhadap produk kecantikan yang dikhususkan untuk lelaki.


👉Trend ini berlaku bukan hanya di Korea Selatan sahaja malah peningkatan global menunjukan peratusan yang tinggi. So, untuk korang yang berminat untuk berniaga produk kecantikan, korang boleh juga mempertimbangankan targat market untuk golongan ini ya! Jika hanya ada sedikit pesaing, pulangan perniagaan juga lebih tinggi dan perniagaan akan mudah dikenali disebabkan oleh recommendation atau review bagus daripada pembeli, dan hanya korang je yang menyerlah dalam niche kecil tersebut.


👉Selain daripada overall trend, niche trend untuk beberapa produk line juga menunjukkan peningkatan yang baik. Contohnya, golongan orang lelaki di Korea Selatan tidak hanya menitik beratkan pada produk asas penjagaan wajah seperti pencuci wajah, toner dan moisturiser. Tetapi, permintaan terhadap beberapa produk penjagaan khusus untuk kulit orang lelaki juga ada, ya! Antara yang paling tinggi permintaan dalam produk kecantikan wajah di kalangan orang lelaki Korea Selatan adalah produk yang boleh mengawal sebum dan mengurangkan visibility liang pori-pori, selain produk yang dapat menyembunyikan cela seperti BB cream. So, kalau korang target untuk berniaga khusus kepada golongan lelaki, boleh pertimbangankan produk line yang disebutkan ini.


👉Kalau dilihatkan kepada permintaan, kebanyakan mereka ini lebih berminat untuk melihat kesan dan fungsi produk tanpa “fancy promises” atau “attractive packaging” teknik yang sering digunakan untuk menyasarkan golongan wanita dan remaja. Apa yang mereka mahukan adalah seperti kulit wajah yang clear, DAN melambatkan tanda penuaan pada wajah, SERTA merawat masalah jerawat. Sebab itulah kalau korang perasan, banyak produk jenama-jenama dari Korea Selatan melancarkan skincare line exclusive untuk golongan lelaki. Walaupun terdapat pelbagai produk unisex (yang boleh digunakan oleh kedua-dua golongan wanita dan lelaki) di pasaran, penumpuan produk terhadap golongan tertentu (contoh niche market: wanita sahaja, lelaki sahaja, untuk kulit jerawat dan berminyak sahaja, untuk kulit matang sahaja, dan sebagainya) lebih mendapat kepercayaan daripada pembeli.


👉Sebenarnya tidak banyak perbezaan di antara skincare untuk lelaki yang dibuat di Korea Selatan mahupun dari negara-negara Barat. Walau bagaimanapun, perkara paling ketara produk dari kedua-duanya ialah produk untuk golongan lelaki yang dibuat di Korea Selatan tidak menggunakan very intense frangrance berbanding produk dari negara Barat. Ini kerana industri kecantikan di Korea Selatan lebih fokus kepada properties atau inigredients of treatment untuk menghasilkan sesuatu produk berbanding aspek lain seperti bau, bentuk, dan sebagainya.


👉Kesimpulannya, tips skincare untuk golong lelaki yang menggunakan produk atau jenama dari Korea Selatan ni, ada tiga perkara paling asas penjagaan wajah iaitu cleansing, toner dan hydration. Golongan lelaki jugak tidak wajar dipandang remeh oleh pengeluar produk kecantikan kerana permintaan daripada mereka gradually change over time. Trend kecantikan bukan saja melanda golongan wanita tetapi jugak golongan lelaki, dan yang bezanya adalah wanita sukakan elemen warna-warni dan attractive, dan lelaki lebih mahukan yang simple dan praktikal.


👉Semoga perkongsian ini dapat memberikan sedikit informasi berkenaan tips skincare Korean untuk lelaki dan juga kepada mereka yang berminat untuk menyasarkan perniagaan kepada golongan ini. Korang boleh lakukan research yang lebih mendalam berdasarkan informasi daripada post ini. Good luck and always remember tau, listen to your skin!



Kalau korang suka tips K-Beauty ini, jangan lupa #SHARE dan #LIKE ya! See you all tomorrow dan selamat beristirehat semua.


Have a nice day everyone!


Komen


Post: Blog2_Post
bottom of page