TIPS UNTUK DOUBLE CLEANSING, PERLU ATAU TIDAK?
- Cik Jojo
- 20 Nov 2020
- 1 min membaca
Maklumat berdasarkan kajian saintifik untuk mencari produk berkesan dan selamat, hanya di NURÉAA
Assalammualaikum dan selamat sejahtera semua! Untuk tips hari ini, Cik Jojo nak share kan tips tentang double cleanse. Seperti yang kita semua tahu, melakukan double cleanse pada rutin PM adalah sangat digalakkan terutamanya kepada mereka yang menggunakan makeup dan sunscreen pada siang hari. Dalam post-post terdahulu pun Cik Jojo banyak share kan manfaat melakukan teknik cleansing ini. Melakukan double cleansing dapat membersihkan sepenuhnya kulit kita daripada kotoran yang degil. Walau bagaimanapun, benarkah double cleansing ni wajib dilakukan untuk semua orang?

Sebenarnya terdapat dua pendapat;
1) YA, Perlu. Jika main cleanser yang kita gunakan TIDAK dapat membersihkan kotoran berasaskan minyak, makeup, dan sunscreen.
2) TIDAK perlu. Jika main cleanser yang kita gunakan DAPAT membersihkan sunscreen yang digunakan pada siang hari, kotoran berminyak, dan makeup.
Nah, sekarang sudah jelas kan. Pilihannya terletak kepada pengguna seperti kita. Nak lakukan double cleansing boleh, tak nak lakukan pun juga boleh tetapi dengan syarat yang main cleanser kita tu mampu membersihkan segala kotoran. Semoga tips ini membantu untuk korang membuat decision membeli produk skincare untuk rutin seharian ya! Stay safe and take care all.
Have a nice day everyone!

Comments