top of page

TIPS UNTUK MENDAPATKAN TONA WARNA KULIT YANG SEKATA

  • Writer: Cik Jojo
    Cik Jojo
  • 28 Okt 2020
  • 2 min membaca
Maklumat berdasarkan kajian saintifik untuk mencari produk berkesan dan selamat, hanya di NURÉAA

Assalammualaikum dan selamat sejahtera semua! Tips hari ini Cik Jojo nak share sikit tentang beberapa ingredients yang sangat bagus dalam membantu mendapatkan tona kulit yang sekata....... dan of course memerlukan kesabaran dan konsisten. Ingredients yang disebutkan ini bukan sahaja natural tetapi juga mempunyai kesan yang baik. Bahan-bahan natural seperti di bawah ini bukan sahaja rendah risiko tetapi juga kita pun tak risau sangat untuk dapat kesan pelik-pelik. So, this post is only untuk maklmat tambahan je. So, it’s up to you, kalau suka boleh cuba dan kalau tidak suka boleh tinggalkan.. your preference.

Berikut adalah natural ingredient yang membantu untuk tona kulit sekata;

1) Vitamin C. Tidak perlu diperdebatkan lagi, sebab hasil penggunaan vitamin C ini banyak betul manfaat. Bukan sahaja untuk brightening/mencerahkan kulit tapi juga dapat membuatkan kulit jadi sekata dan memudarkan parut jerawat. Penggunaan serum atau lotion yang mengandungi vitamin C adalah paling selamat dan sangat jarang mendatangkan masalah. Tapi ingat tau, cari produk vitamin C yang berkualiti dan terhindar daripada kebarangkalian teroxida dengan cepat. Cik Jojo ada postkan cara untuk mencari produk serum vitamin C yang bagus dan efektif.


2) Kojic acid. Ni pun sama, mempunyai antioxidant yang baik. Ia dapat membantu menyingkirkan sel kulit mati, dapat membantu kulit kusam, dan membina protective skin barrier kita.


3) Turmeric. Sangat bagus untuk mendapatkan original glow kulit kita dan ia adalah antioxidant yang powerful yang juga berfungsi menghalang kerosakan kulit kita.


4) Licorice roots. Yang ni selalunya di infused kan kepada lotions mahupun creams. So, adalah beberapa produk skincare yang mengandungi ingredients ini. Tapi kalau nak dapatkan manfaat yang lebih, boleh gunakan licorice root ini direct kepada kulit.


5) Green tea. Ni pun sama, mengandungi antioxidant yang sangat tinggi. Ia juga menjadi agen yang dapat mempercepatkan kulit kita dapatkan tona sekata. Kalau tidak sukakan pengambilan melalui produk skincare, ada few DIY mask yang boleh dilakukan sendiri secara konsisten dengan hasil penggunaanya agak memuaskan. Contohnya mask green tea dengan campuran kiwi dan pisang. Walau bagaimanapun, hasil daripada DIY adalah lebih rendah 50% berbanding memakannnya di mana semua khasiat vitamin boleh dapat 99%, so hasilnya lebih bagus dan cepat jika konsisten.


So, macam mana? Korang dapat sesuatu daripada post ini? Kalau korang perhatikan, it’s all about antioxidant. Kalau nak dapatkan kulit glowing, brightening dan tona sekata, jangan tinggalkan antioxidant ya! Good luck dan berhati-hati ketika membuat decision untuk membeli produk skincare.


Have a nice day everyone!




Komen


Post: Blog2_Post
bottom of page