TIPS UNTUK PENJAGAAN KULIT SEKITAR DAERAH MATA
- Cik Jojo

- 12 Nov 2020
- 2 min membaca
Updated: 14 Nov 2020
Maklumat berdasarkan kajian saintifik untuk mencari produk berkesan dan selamat, hanya di NURÉAA
Assalammualaikum dan selamat sejahtera semua! So, semalam macam mana hari shopping online korang? Cik Jojo harap semuanya baik-baik sahaja dan korang dapat membeli produk skincare yang bertepatan dengan your skin needs okay! Banyak betul sale-sale mengancam semalam kan? Cik Jojo percaya yang korang bijak membuat pilihan apa yang perlu dan tidak. Remember, always listen to what your skin needs.

So, untuk tips hari ini, Cik Jojo nak sharekan tentang tips ringkan tentang penjagaan kulit sekitar daerah mata. Seperti yang kita semua sedia maklum, kulit di bahagian ini adalah sangat nipis atau kita panggil delicate. Memang ramai dermatologist yang mencadangkan hanya guna moisturiser biasa untuk bahagian ini. Walau bagaimanapun, ada sebahagian dermatologist pula berpendapat, cream khas untuk kulit bahagian ini wajar digunakan sebab molekul yang mikro/lebih kecil berbanding moisturiser biasa. Kesimpulannya, tiada pendapat yang solid tentangnya. Ia tidaklah memudaratkan malah tidak juga memberikan kesan yang ketara. Berdasarkan pendapat ini, in the end ia terpulang kepada pengguna. As a friendly reminder, produk eye cream adalah sangat mahal, walaupun ingredients nya hampir sama, formulasinya sedikit berbeza.
Untuk mereka yang nak gunakan eye cream di bahagian ini, Cik Jojo ada satu tips yang mungkin berguna. Ketika mengoleskan eye cream pada bahagian delicate ini, korang boleh gunakan JARI MANIS (atau RING FINGER). Ini kerana jari manis atau ring finger adalah yang paling lemah memberikan tekanan kepada kulit. So, bila kita gunakan jari manis atau ring finger ini, ia sekadar cukup hanya ‘dab’ atau ‘tap’ perlahan-lahan ke atas kulit. Cuba elakkan daripada mengosok, tonyoh, atau memberikan tekanan kuat sebab kulit di sekitar bahagian mata adalah paling sensitif.
So, macam mana? Korang guna eye creams atau moisturiser biasa? Kalau ada pendapat dan tips yang berkaitan, jangan takut atau segan untuk sharekan di ruangan komen ya! Terima kasih. Stay safe and take care.
Have a nice day everyone!



![[SHARING IS CARING] SALAH SATU INGREDIENT BAIK UNTUK JERAWAT YANG JARANG DIBINCANGKAN](https://static.wixstatic.com/media/d8a30b_12935769408b4b1494cf14adec8c2cad~mv2.png/v1/fill/w_940,h_788,al_c,q_90,enc_avif,quality_auto/d8a30b_12935769408b4b1494cf14adec8c2cad~mv2.png)

Komen