VITAMIN A DAPAT MENGHALANG BREAKOUTS BERLAKU DAN MEMBERIKAN NATURAL MOISTURING KULIT KITA
- Cik Jojo
- 25 Nov 2020
- 1 min membaca
Updated: 29 Mac 2023
Maklumat berdasarkan kajian saintifik untuk mencari produk berkesan dan selamat, hanya di NURÉAA
Hai semua! Bila kita bercakap tentang vitamin, ramai yang tahu akan kebaikannya. Vitamin paling bagus diambil adalah melalui sumber yang segar iaitu melakukan pemakanan yang sihat dan bukannya dalam bentuk yang sudah diproses atau dari produk yang dikilangkan. Jika di ambil daripada sumber utama, kita akan dapat almost 100% manfaatnya berbanding yang telah diproses which is kadang-kala benefit 1% pun susah nak dapat (sebab itu kena consume selalu produk untuk topup). Harga belian produk yang mengandungi vitamin (mengikut claim), kita boleh dapat lebih banyak sumber segar dengan harga yang jauh lebih murah. So, pilihan di tangan pengguna seperti kita.

Untuk sharing is caring hari ini, Cik Jojo nak sharekan tentang sumber vitamin A. Selalunya, produk vitamin A untuk kulit, kita boleh dapat pada produk retinol atau retinoic acid. Itu kalau produk. Tapi kalau dari sumber asli dan pemakanan, ada banyak sumber yang mudah kita perolehi. Vitamin A ni sangat baik untuk kulit terutamanya untuk mereka yang nak lambatkan penuaan, mempercepatkan luka jerawat dan mengelakkan parut gelap terjadi, mengawal produksi sebum pada kulit, memberikan kelembapan pada kulit, mengurangkan kerosakan kulit akibat sinaran UV, kulit glowing, dan mendapatkan kulit yang sihat pada both lapisan dermis dan epidermis.
Korang boleh dapatkan vitamin A terus dari beberapa sumber berikut;
1) Carrorts (Lobak merah)
2) Apricots (Aprikot)
3) Brocolli (Sayur brokoli)
4) Mango (Buah mangga)
5) Butternut squash (Labu)
6) Beef liver (Hati lembu)
So, kalau skincare journey korang ada skin goals macam yang disebutkan tadi... Korang bolehlah consider untuk mengambil makanan yang disenaraikan ini. Pelbagaikan sumber vitamin A korang dan tidak hanya tertumpu pada satu sahaja. Selamat mencuba ya!
Have a nice day everyone!

コメント