top of page

10 CARA BAGAIMANA NAK TAHU PRODUK SKINCARE FAKE ATAU ORIGINAL

  • Writer: Cik Jojo
    Cik Jojo
  • 4 Jun 2020
  • 4 min membaca

Updated: 16 Jul 2020

Maklumat berdasarkan kajian saintifik untuk mencari produk berkesan dan selamat, hanya di NURÉAA

Hai korang! Untuk petang ini, Cik Jojo nak sharekan satu topik paling best iaitu menilai produk fake dan produk original. Produk-produk tiruan atau fake sangat banyak terdapat dipasaran terutamanya untuk brand-brand antarabangsa yang agak popular. I think you can list them all!😉😝


👉Korang tau tak, “industri” fake produk termasuklah skincare bernilai USD$461,000,000,000 per year (on average)!😲😲Maksudnya 2.5% daripada pendapatan global (dunia) datangnya dari penjualan produk fake atau counterfeit ni. Yang lebih sentap tu, most produk daripada “industri” fake ini paling banyak atau didominasi oleh online platform. So, we all need to be very careful.🤓


📍Kenapa perlu risau atau kena ambil tahu perbezaan ini?

👉Jawapan: Untuk keselamatan dan nyawa kita! Bukan sebab harga murah, bukan sebab susah nak dapat, ataupun bukan sebab ingredients mahal mahupun murah. Produk fake adalah sangat-sangat merbahaya bukan hanya disebabkan oleh penggunaan alternatif ingredients (replacement) yang murah seperti metal, carcinogens macam arsenic dan beryllium tetapi juga harmful bakteria yang ada di dalamnya! So, macam pakej mengundang masalah lah kirernya ni😝🤪. Produk original diproduce dengan penuh teliti dan kawalan mengikut standard piawaian yang telah ditetapkan. So, they are much much better.


📍Kalau beli sample je okay kan?

👉Jawapan: Depends. Untuk pengetahuan, sample produk penjagaan wajah TIDAK BOLEH dijual atau selalunya terdapat label NOT FOR SALE. Itu adalah praktis yang paling common dalam industri kecantikan ni😉. Kalau korang perasan, bila kita beli daripada direct website ataupun brand tersebut, kadang kala akan diberikan sample kecik-kecik. So, that samples are not suppose to sell ya. Walau bagaimanapun, dalam senario yang lain terdapat penjual yang membeli produk dalam kuantiti yang besar dan membotolkan atau mempekkan kembali dalam botol-botol yang lebih kecil untuk dijual sebagai sample😔😕. Ini juga adalah praktis yang salah dan boleh dikenakan tindakan undang-undang oleh brands yang terlibat. Bagi pengguna, mungkin nampak lebih murah untuk dibeli, tetapi isu keselamatan, bahan-bahan tambahan/replacement, bakteria yang melekat ketika process re-pack, dan kesan jangka panjang wajar difikirkan. Kalau dikira mengikut per/ml pun tidak lah murah sebenarnya, cuma dapat pek yang lebih kecil = sama je nilainya, tetapi isi produk mungkin telah tercemar atau keberkesanannya berkurangan. Therefore, it’s better to buy direct from the brands yang lebih terjamin selamat, ada seal, dan ada jaminan gurantee.


📍So, cam mana nak tau produk fake ke original?

👉Kat bawah ini hanya ada beberapa guide yang korang boleh fikirkan dan pertimbangakan, atau korang sendiri pernah mengalaminya, tentu lebih berpengalaman. Jom tengok;


✅Produk tersebut tak ada seal! Sama ada dah terbuka, atau memang tak ada seal langsung. Produk original mostly atau semuanya ada seal.


✅Packaging nampak meragukan atau pelik. Ini dapat dilihat daripada font yang digunakan pada pelbagai bahagian kotak packaging tersebut amat berlainan dengan produk original. Selain font, kedudukan logo, warna, jarak di antara perkataan, dan jenis material produk tersebut amatlah berbeza daripada produk original.


✅Harga discount terlampau pelik atau terlalu besar, contohnya: RM10 (produk fake) vs. (RM55 untuk produk original), discount 90%, dan sebagainya.


✅Produk telah tamat tempoh (expired) atau yang sangat hampir dengan expiry date.


✅Terdapat ingredients yang di banned oleh KKM, FDA, EU dan pelbagai badan antarabangsa lain.


✅Korang kena tahu siapa yang menjual produk tersebut, adakah agen yang sah untuk brands tersebut dan sebaliknya.


✅Shipping from mana produk yang korang beli tu. Kalau ianya produk dari Paris, Perancis, kenapa shipping dari Shenzen, China? Adakah dia registed agent yang sah atau tidak? So kena investigate lebih sikit. Walaupun nampak dalam gambar macam real, kena berhati-hati. Selidik sehingga puas hati. Jangan sampai, yang kita lihat dalam gambar bukan main elegant, yang sampai macam tak berapa nak siap.


✅Kalau beli kat Amazon, ianya dijual oleh siapa? Kedai brand tersebut atau trusted sellers atau agent. Kalau bukan kedai brand tersebut, lihat ranking, rating, dan comments yang ditinggalkan. Adakah real person, atau comments daripada cheat system? Verified account pun tidak menjamin ketulenan comment ya. Boleh buat random pick di kalangan yang tinggalkan komen tu. Lihat dengan lebih detail sebelum percaya.


✅Yang ni paling penting. TESTIMONIAL DAN REVIEWS! Korang kalau baca testimonial atau reviews tu jangan lah main percaya 100%. Scroll dan lihat semuanya at a glance, sama ada ianya fake reviews/testimonials berbayar ataupun memang betul. Gunakan common sense. Takkan lah semua orang puji melambung lambung kan, tentu ada yang contrast sedikit sebanyak. Style comment jugak tidak satu pattern sahaja (macam template tu). Kalau letak gamba sekali pun, adakah pengguna tersebut menggunakan makeup tebal atau tiada makeup atau lighting yang berbeza untuk membuat perbezaan kesan produk. Adakah gambar tersebut memang gambar sebenar pemilik atau gambar random daripada google image atau website lain. This is common sense tau. Kalau berbeza reviews dan testimonial (contohnya macam description produk, kesan, side efek dan lain-lain) daripada yang terdapat dalam original brand website, so faham-faham la ya.😌🤪


✅Periksa gambar produk tersebut, sama ada ianya photoshop editing atau betul. Korang boleh gunakan drag and search kat google image je (kalau gambar tersebut diambil daripada website orang lain, nanti ada few suggestion website).Atau pun click save as untuk lihat nama file. Ataupun, kalau korang jenis teliti, perhatikan if there is any watermark dalam gamba tersebut. Kalau all these checklist okay, so boleh proceed to the next step.😉😉


👉So, inilah antara 10 cara untuk mengetahui produk fake yang terdapat di pasaran! Memang ada apps dan website yang boleh kita track sama ada ianya berdaftar sebagai produk original ataupun sebaliknya, TETAPI trend produk fake juga menggunakan taktik ini. So, it’s difficult to tell the truth.Kalau korang nak cuba juga (saja-saja play around with the barcode), boleh download apps atau layari website, seperti: Hiddentag (apps), QR & Barcode Scanner (apps), dan Barcode Lookup (https://www.barcodelookup.com/) and few others.


👉Semoga tips ini memberikan manfaat dan dapat membantu korang daripada terbeli produk fake. Next time kita tengok cara nak bezakan isi dalam produk fake dan original pulak okay! Kalau korang ada pengalaman terbeli produk fake atau tahu cara-cara lain, jom comment kat bawah ni supaya kawan-kawan lain dapat manfaat. Till then, good night korang semua. Jumpa esok ya!


Have a nice day everyone!


Comments


Post: Blog2_Post
bottom of page