11 CARA CEPAT NAK TAU KEHADIRAN MERKURI DALAM PRODUK KECANTIKAN
- Cik Jojo
- 29 Dis 2019
- 4 min membaca
Updated: 18 Jul 2020
Maklumat berdasarkan kajian saintifik untuk mencari produk berkesan dan selamat, hanya di NURÉAA
Haaaa... di post sebelum ini Cik Jojo dah share kan hal berkaitan produk kecantikan berbahaya, dan serba sedikit tentang beberapa bahan terlarang/racun berjadual. So, post kali ini ianya bersangkut paut dengan post sebelum-sebelum ini. Korang boleh check balik post sebelum ni ya dan relatekan dengan post yang ni. Post ni tentang macam mana nak kenal produk yang ada MERKURI🧐.
Korang jangan lupa check produk kecantikan korang tau. Kot ada bahan terlarang atau racun berjadual macam dalam list KKM, hentikan penggunaanya dan terus buang. Jom kita check 11 cara untuk mengetahui sama ada sesuatu produk kecantikan (lazimnya kosmetik) mengandungi Merkuri atau tidak:
1) Sama ada berbau logam atau berbau terlampau wangi
Secara ringkasnya, Merkuri adalah logam berat yang berunsur cecair. Jadi, bau logam berat ni amatlah kuat dan menyengat ya! Untuk mengurangkan bau tersebut, pewangi kimia digunakan. Korang boleh test menghidu produk tersebut terlebih dahulu dan membuat penilaian. Sama ada ianya berbau logam yang kuat atau berbau pewangi yang melampau. Jika ada bau terlampau wangi, mungkin ada sesuatu yang disorokkan dan elok hindarkan penggunaanya.
2) Warna-warni macam pelangi lepas hujan
Test seterusnya, korang boleh melihat warna krim produk tersebut. Kalau korang bernasib naik, korang akan dapat melihat pelbagai jenis warna warni pada beberapa produk yang mengandungi Merkuri ini. Jika tidak bernasib naik, mungkin warna lemah digunakan untuk mengaburi pembeli. Kita boleh buat test seterusnya kalau step ini susah nak detect.
3) Melekit-lekit
Cubalah korek sedikit jumlah krim produk tersebut untuk melihat teksturnya. Ini paling mudah dilakukan. Jika ianya melekit-lekit atau likat unsurnya, produk tersebut berkemungkinan besar mempunyai merkuri. Nak validate kan test korang, cuba pula sapukan pada permukaan silikon/lembut (jangan cuba pada muka! Sebab kita nak buat test kan). Jika susah untuk ratakan krim tersebut, memang sah ianya mengandungi Merkuri! Confirm ianya tidak boleh digunakan pada kulit korang. Bahaya!
4) Tidak homogen
Ini untuk second validation pada produk yang telah korang ratakan tadi. Korang boleh observe krim tadi, jika dibiarkan korang akan nampak lapisan minyak terpisah daripada lapisan yang padat. Jadi, jangan buang masa pada produk tersebut. Hindarkan.
5) Berkilau-kilau disebabkan sapuan produk (bukan licin macam glass skin tau)
Tekstur dan unsur yang terdapat pada Merkuri ni berkilau-kilau dan berkilat-kilat. Logam kan.... memang common unsur-unsur begini. Korang boleh melihat tekstur dan unsur-unsur ini pada test yang telah korang lakukan tadi. Sudah lah melekit-lekit, berkilat kilau pulak tu... Jadi, apa lagi yang korang tunggu tu? Tepuk dada tanya kulit muka sendiri ya.
6) Kulit putih melepak secara segera (sama ada instant, semalaman, dalam masa 3 hari)
Merkuri memang boleh memberikan kesan instant kulit putih melepak. Baru pakai sehari dua, kesan dia magis ya. Putih disebabkan Merkuri ni agak pelik, sebab nampak terlampau ketara di antara kulit yang disapu produk tersebut dengan kulit bahagian lain yang terdekat macam leher dan bawah lengan. Maksud Cik Jojo, bukan putih kulit natural (cerah), ia nya lebih kepada putih lain macam, bercahaya, berkilat. Kalau kulit beransur cerah (bukan putih/ ‘bleach’) secara semulajadi daripada bahan yang selamat dan source daripada tumbuhan contohnya, korang boleh nampak jelas perbezaannya.
7) Jerawat hilang terus dan dah tak tumbuh-tumbuh langsung
Happy tak? Ahaaaaaaa... jangan terlampau suka sangat ya. Logik tak kalau sebelum ni, muka korang ada jerawat dan tiba-tiba hilang lenyap sepantas kilat tanpa kesan malah jerawat pun takut nak tumbuh walaupun masa datang bulan (hormon). Jerawat segan dengan muka baru yang cantik ke? Tidak! Jawapanya, sebab kulit lapisan epidermis (lapisan paling nipis di bahagian paling luar kulit) dah rosak teruk. Maksudnya, Merkuri yang terkandung dalam produk yang digunakan tu, dah rosakkan kulit untuk membentuk protein dan melanin yang sangat penting dalam melindungi kulit daripada sinar UV A and UV B. Bukan setakat protein dan melanin je Merkuri tu hapuskan, dengan segala kuman dan bakteria pun tak mampu hidup disebabkan kekuatan logam Merkuri tersebut.
8) Masalah kulit mula timbul apabila berhenti menggunakan produk tersebut
Korang terasa bersalah dan takut? Okaylah, ini pula adalah kesan bila korang berhenti menggunakan produk yang mengandungi Merkuri tersebut. Kulit korang akan mendapat perkara seperti bintik-bintik tumbuh di muka, gatal-gatal, peeling, cedera, dan tompokan hitam membentuk sedikit demi sedikit. Bila dibiarkan, lama-kelamaan kulit korang akan menjadi kehitaman dan kusam yang lebih teruk daripada sebelumnya, malah ada juga yang dapat fungus kat muka. Eii ngeri! Jika korang mahu berhenti menggunakan produk yang korang rasa ada Merkuri, segeralah berjumpa doktor atau dermatologist untuk mengetahui tindakan atau rawatan yang wajar diambil. Jangan lupa atau jangan malu untuk berterus terang tentang sejarah penggunaan produk kecantikan kepada mereka!
9) Kulit bertukar menjadi sangat sensitif walau asalnya kulit korang jenis lain
Yang terakhir ni dia berkait dengan kehilangan lapisan epidermis kulit, protein dan melanin tadi. Bila ‘perisai’ dah hilang, memang senang lah segala ‘musuh’ masuk, betul tak? Bila lapisan epidermis dah terhakis, protein dan melanin dah tak ada, kulit korang akan menjadi sangat sensitif ya! Jangankan disentuh dengan jari sendiri, kena cahaya matahari sekejap pun sudah pinkish atau kemerahan, terasa pedih dan terbakar. Sengsaranya! Lebih baik hentikannya sekarang daripada merana dikemudian hari. Sekurangnya, cuma kulit muka korang yang teruk seketika (sementara menjalani rawatan dengan doktor) daripada logam beracun tersebut merosakan organ dalam badan yang lain, itu lagi haru! Jadilah pengguna dan pembeli yang bijak.
10) Layurkan produk ke atas api
Selain tips di atas, korang boleh gunakan teknik layurkan sample produk dengan menggunakan sudu di atas api. Lihatlah perubahan yang terjadi pada cecair tersebut sama ada terbakar atau pun tidak. Merkuri berunsur seperti serbuk berwarna silver. Jika sample krim itu dibakar, Merkuri akan muncul semula dan produk itu akan bertukar warna. Jika tidak ada Merkuri, sample produk tersebut akan kekal dengan warna asal dan tidak terjejas.
11) Cincin emas sebagai penyelamat
Korang boleh menggunakan cincin emas tulen. Letakkan sedikit sample produk krim di atas cincin emas tadi dan gosok-gosok cincin dengan krim tu. Hasilnya, produk yang berMerkuri akan bertukar menjadi warna kelabu/silver. Semakin gelap warna yang terhasil, semakin banyaklah kuantiti Merkuri yang digunakan untuk menghasilkan krim tersebut.
Jangan lupa semak produk kecantikan korang ya. Pastikan ianya betul-betul SELAMAT DAN BERSIH. Untuk menjadi cantik tidak mungkin sekelip mata melainkan korang menggunkan makeup atau photoshop... haha😝😆😁! Kuncinya, SABAR dan KONSISTEN.

Semoga post ini dapat berikan serba sedikit informasi baru kat korang. Kalau korang suka sangat post ini, boleh jom lah ke facebook NURÉAA sekarang dan #SHARE #LIKE #FOLLOW kami! Kita ada banyak free giveway yang nak dihantar dari Europe ni. Sayangi kulit wajah korang dan diri korang sendiri!
Have a nice day everyone!

Comments