top of page

34 INGREDIENTS PRODUK KECANTIKAN DAN KANSER

  • Writer: Cik Jojo
    Cik Jojo
  • 7 Apr 2020
  • 3 min membaca

Updated: 16 Jul 2020

Maklumat berdasarkan kajian saintifik untuk mencari produk berkesan dan selamat, hanya di NURÉAA

Hai korang! Petang ini, Cik Jojo sangat teruja nak sharekan dengan korang tentang ingredients produk kecantikan yang sangat sinonim dikaitkan dengan cancer concerns. Cik Jojo sarankan agar korang baca sampai habis post ini ya!.😍🥰


👉Kita seringkali diingatkan oleh KKM dan doktor-doktor perubatan tentang pengambilan produk yang tidak baik atau berbahaya seperti mempunyai racun berjadual, overclaim, atau menggunakan bahan kimia yang sangat berisiko tinggi kepada diri kita. Itu daripada perspektif kesihatan dan keselamatan. Korang pun dah selalu dengarkan. Bagaimana pula dari perspektif bidang kecantikan itu sendiri? Jom, baca!


👉Produk kecantikan ni terhasil daripada gabungan pelbagai jenis bahan kimia. Ini adalah fakta. So, kalau korang jumpa iklan claim “100% natural” itu adalah TIDAK BENAR‼️. Tidak ada sebarang produk komersial yang dijual di pasaran adalah 100% natural. Walaupun iklan nampak real, nampak beriya nak yakin kan orang ramai, nampak paling outstanding sekali siap testimonial beribu – ia tetap tidak boleh mengubah fakta sains dan kosmetik itu sendiri. So, dalam pembuatan produk, penggunaan ingredients yang paling sesuai atau fit together untuk mendapatkan hasil yang stabil, dan formula yang baik adalah amat penting🤓. Bukan buat produk syok sendiri, claim pun di luar jangkaan industri ini.😝


👉Walau bagaimanapun, ada sesetengah produk yang dihasilkan menggunakan beberapa bahan yang mudah terdedah kepada risiko pelbagai penyakit, terutamanya kanser. Ingredients yang menjadi cancer concerns inilah yang harus kita elakkan (walaupun development untuk mendapat sesuatu risiko penyakit itu memakan masa, lebih baik dielakkan dari awal). Ingredients ini dinamakankan carcinogenic ingredients.


👉Terdapat dua kelas utama carcinogenic ingredients dalam produk kecantikan (ini termasuklah skincare, bodycare, makeup, cosmetics dan toiletries). Kelas pertama ialah semua ingredients yang diklasifikasikan sebagai carcinogenic, atau lebih dikenali sebagai ‘Frank’ carcinogens. Kelas yang kedua pula dikenali sebagai ‘hidden’ atau co-carcinogens. Kelas yang kedua ni walaupun tidak menunjukkan sifat seperti ingredients dalam kelas pertama tadi, dalam sesuatu keadaan atau kondisi pemprosesan produk, mereka ni boleh develop menjadi carcinogenic properties (contohnya bila dicampurkan bersama dengan ingredients lain untuk menghasilkan sesuatu produk). Hidden carcinogens Cik Jojo cerita di lain post ya!


👉So, korang nampak tak untuk menghasilkan sesuatu produk kecantikan atau bodycare ataupun personal care, ianya bukan semudah yang disangkakan. Bukan hanya contact jer kilang, cakap je nak buat produk untuk brightening contohnya, pilih ingredients utama yang tengah in-trend macam niacinamide, alpha arbutin, vitamin c…the rest pepandai lah kilang adjust. No, it’s NOT that simple. Tersilap ratio, tersilap combination, tersalah in any step... ianya boleh menghasilkan produk SAMPAH yang beracun, atau yang boleh menggalakkan cancer concerns, dan sebagainya! Sebabnya molekul, reaksi kimia, dan unsur ingredients yang digunakan telah berubah menjadi sesuatu yang baru. Sesuatu yang baru itulah produk yang kita beli. Sebagai pembeli, kita WAJIB dan MESTI berhati-hati sebelum membuat pembelian. Kalau tidak tahu bagaimana produk dihasilkan, sekurangnya ambil tahu ingredients apakah yang berbahaya.


👉Kat bawah ni⬇️⬇️⬇️, Cik Jojo ada listkan beberapa ingredients yang diklasifikasikan sebagai Frank carcinogens, iaitu ingredients yang boleh menyebabkan kanser JIKA digunakan berterusan dalam kuantiti yang tinggi dan mereka ni sangat senang didapati dalam kebanyakan produk kecantikan (ini termasuklah skincare, bodycare, makeup, cosmetics dan toiletries):


1) Benzyl acetate

2) Butyl benzylphthalate

3) Butylated hydroxyanisole

4) Butylated hyroxytoluene

5) Crystalline silica

6) D&C green 5 (CI61570)

7) D&C orange 17 (CI12075)

8) D&C red 2,3,4,10,17

9) D&C red 8, 9, 19, and 33 (CI15585, CI45170, CI17200)

10) Diaminophenol

11) Diethanolamine (DEA)

12) Dioctyl adipate

13) Disperse blue 1 (CI64500)

14) Disperse yellow 3 (CI11855)

15) Ethyl alcohol

16) FD & C blue 1 and 2 (CI42090, CI73015)

17) FD & C blue 4

18) FD & C green 3 (CI42053)

19) FD & C red 4, and 40 (CI14700, CCI16035)

20) FD & C red 10

21) FD & C yellow 5 and 6 (CI19140, CI15985)

22) Flouride

23) Formaldehyde

24) Glutaral

25) Hydroquinone

26) Methylene chloride

27) Nitrophenylenediamine

28) Phenyl-p-phenylenediamine

29) Polyvinylpyrrolidone

30) P-phenylenediamine

31) Pyrocatechol

32) Saccharin

33) Talc

34) Titanium dioxide


*Yang code nombor tu digunakan dalam produk yang berwarna (colour products) macam lipstick, eye shadow, bedak, blusher, etc. Kalau ada produk yang gunakan kod warna kat atas ni, boleh elakkan.


👉Mungkin korang pening tengok list kat atas ni, kan? TAPI kalau korang perasan tak, ingredient no 25 macam biasa nampak. Familiar ke tidak? Haaaaaaaaaaaaaaa. Ya! Hydroquinone (atau dalam BM disebut hidrokuinon). Hidrokuinon ni sangat lah banyak didapati dalam produk pemutihan/pencerah wajah. Bukan popular hanya di Malaysia, Thailand, Indonesia, malah kat US dan Europe pun popular among mereka yang terlalu obsess. So, korang nampak tak kenapa KKM dan doktor-doktor selalu menasihatkan agar menghindari produk yang ada racun berjadual. Untuk pengetahuan, bukan hanya di Malaysia sahaja, di US dan Europe juga banned list kat atas ini dan ada few lagi yang Cik Jojo tak listkan (sampai esok pun tak done nak menaip ni😂🤣).


👉Semoga post ini dapat memberi sedikit informasi berguna dan membantu korang dalam membuat penilaian produk kecantikan sebelum membeli. Sayangi diri dan kulit wajah. Listen to your skin, jangan terpengaruh atau bertanya kepada mereka yang tiada pengalaman/ pengetahuan. Yang nak rasa happy dan puas hati adalah kita, yang akan tanggung sakit/sengsara juga kita. Pilihan di tangan korang.😉😎


Kalau rasa post ini ada manfaat, jangan lupa ke Facebook NURÉAA untuk #SHARE dan #LIKE okay! Terima kasih korang!


Have a nice day everyone!



Komen


Post: Blog2_Post
bottom of page