top of page

5 PUNCA UTAMA TONA KULIT TIDAK SEKATA DAN CARA MENGATASINYA!

Writer's picture: Cik JojoCik Jojo

Updated: 18 Jul 2020

Maklumat berdasarkan kajian saintifik untuk mencari produk berkesan dan selamat, hanya di NURÉAA

Hai korang! Cik Jojo baru shipping giveaway #2 hari ini, dari Europe okay! Maklum lah orang sini kan cuti raya. So, korang harini tak ke mana ke? Tengok wayang cerita Star Wars ke? Makan-makan dengan geng ke?... Apa pun Cik Jojo harapkan korang isilah masa dengan aktiviti yang berfaedah dan ceria bersama keluarga, kawan-kawan dan yang tersayang (siapa tu..😝.). Okaylah, hari ini Cik Jojo nak cerita serba sedikit tentang 5 punca utama tona kulit tidak sekata dan cara mengatasinya.

Masalah tona kulit tidak sekata adalah normal untuk kebanyakan orang, sama ada lelaki mahupun perempuan. Ini disebabkan oleh beberapa faktor yang boleh diatasi, atau dikurangi. Masalah ini sememangnya menggangu keterampilan sesesorang, seperti nampak kurang sihat, nampak kepenatan, muka lesu tidak bermaya, kulit kusam, malah ada yang nampak lebih tua daripada umur sebenar! Jadi, mari kita semak apakah punca-punca utama yang menyumbang kepada masalah tona tidak sekata ini.

1) Pencemaran Masalah ini paling tidak dapat dielakkan selagi kita semua tinggal di bumi ini. Walau bagaimanapun, kita boleh kurangkan pencemaran ini dengan sikap dan kesedaran. Untuk menyelamatkan kulit wajah, cuba menjauhi atau elakan tempat yang mempunyai pencemaran (pada pertimbangan korang sangat tinggi) seperti kawasan asap rokok berkepuk, kawasan perindustrian dan kilang, kawasan yang penuh kenderaan dan sebagainya. Ini kerana pencemaran dapat menembusi kulit dan menyebabkan bintik gelap terutama di kawasan muka yang nipis lapisannya. Tapi Cik Jojo, ada ke produk kecantikan yang boleh bantu bersihkan pencemaran ni kat kulit kita? Jawapannya: ADA! Korang boleh cari produk-produk yang berlabel anti-pollution. Ada few jenama kat luar negara dah hasilkan produk yang dapat membantu korang.

2) Hormon Ini juga salah satu punca yang tidak dapat dielakan, tetapi boleh dikawal. Kadang kala kehadirannya pun kita tidak sedar! Contohnya Melasma, iaitu hiperpigmentasi yang selalunya berkaitan dengan hormon manusia. Ia terhasil disebabkan oleh penghasilan hormon yang berlebihan. Ia juga sering kali berlaku kepada wanita hamil (dimana ianya dikenali sebagai “mask of pregnancy”). Cara terbaik atau untuk kepastian yang lebih tepat dengan punca ini terhadap tona kulit korang, disarankan berjumpa dengan doktor atau dermatologist. So, kalau korang rasa doubt atau confused tu, jangan lupa tanya depa tau!

3) Sinaran cahaya matahari yang merbahaya Malasah ketiga ini nampak common tapi ramai yang mengambil mudah tentangnya! Kerosakan kulit berlaku disebabkan kulit yang terdedah terlalu lama kepada sinaran UV A dan UV B. Semakin lama atau semakin kerap kulit terdedah kepadanya, akan membentuk tompok gelap atau tona kulit tidak sekata. Ia merangsang penghasilan melanin yang berlebihan untuk melindungi kulit dari sinaran berbahaya tersebut. Haaaaaaaaaaaa nampak tak! Cik Jojo dah bincangkan pada post sebelum ini yang penggunaan sunscreen atau sunblock itu tersangat penting. Korang jangan abaikan tau. Lagipun suncreen atau sunblock ni tidak lah mahal pun. Terlampau banyak produk di pasaran yang korang boleh dapatkan atau korang boleh check post yang lalu tentang pemilihan sunscreen dan sunblock ni ya.

4) Penggunaan produk-produk kecantikan yang tidak tepat Ini adalah punca yang boleh dielakkan sekiranya korang seorang yang teliti dan prihatin terhadap kulit korang. Ingat ya! Penggunaan produk-produk kecantikan yang tidak tepat atau tidak sesuai dengan kulit korang boleh menjadi punca tona kulit tidak sekata. Ia boleh terjadi disebabkan perubahan tindak balas sensitif kulit korang kepada elemen-elemen kimia yang terdapat di dalam produk kecantikan tersebut. Jadi, jangan lupa lakukan sedikit penyelidikan sebelum membeli dan mencuba produk tersebut. Kalau korang still ragu-ragu, tidak yakin atau confused la senang cerita, jangan lupa tanya doktor atau dermatologist ya (bukan penjual produk atau selain daripada 2 professional ini).

5) Keradangan/alergi Keradangan dan alegi (alahan) yang korang alami boleh menyumbang kepada masalah tona kulit tidak sekata. Contohnya, parut jerawat, kecederaan pada kulit muka, parut pembedahan dan luka di wajah akibat jerawat atau kemalangan boleh memberikan perubahan warna kulit korang menjadi sedikit gelap daripada warna kulit asal. Jika ini terjadi, dapatkan nasihat dan rawatan daripada doktor atau pakar kulit sebelum membuat keputusan sendiri menggunakan pelbagai produk.

Terdapat pelbagai petua tradisional untuk menyamaratakan tona kulit seperti menggunakan ubi sengkuang, madu, air kelapa, putih telur, scrub gula, yogurt, dan masker teh hijau. Walau bagaimanapun korang wajib mengetahui nilai pH mereka terlebih dahulu sebelum mencuba! Contohnya, terdapat dua petua paling popular dikalangan kita iaitu menggunakan lemon dan baking soda. Walaupun ada yang berkesan dengan cepat, TAPI tahukah korang lemon nilai pH nya 2.2 (sangat berasid) dan baking soda nilai pH nya 9.0 (sangat beralkali)? Ia mungkin berkesan dengan cepat kepada segelintir orang disebabkan oleh unsur asid atau alkali yang tinggi pada kulit korang pada waktu itu. Tapi, untuk jangka masa panjang ianya adalah TIDAK SELAMAT dan boleh mengundang masalah kulit lain. Jadi, berhati-hati ketika mencuba ya. Cara mengatasi yang terbaik adalah 1) mendapatkan nasihat doktor dan recommendation daripada yang pakar. 2) produk kecantikan dipasaran yang selamat, mengikut piawaian, tiada bahan telarang, sesuai dengan pH manusia, dan terjamin kebersihan.

Fikir masak-masak sebelum membuat keputusan.

Semoga korang dapat informasi tambahan daripada post hari ini. Kalau ada yang tersilap, korang masih belum terlambat untuk berubah dan mencuba! Sayangi kulit korang tau... Take care all.


Have a nice day everyone!


15 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua

Commentaires


Post: Blog2_Post
bottom of page