Maklumat berdasarkan kajian saintifik untuk mencari produk berkesan dan selamat, hanya di NURÉAA
Untuk post panjang hari ni, Cik Jojo nak sharekan cara-cara macam mana korang boleh jimatkan budget untuk produk kecantikan serta kualitinya. Mungkin ada di antara korang yang memang dah buat pun langkah-langkah penjimatan ni. Tapi, kepada yang tak tahu dan nak tahu macam mana... Nah, bacalah tips kat bawah yang dah Cik Jojo lampirkan. Selamat mencuba... so weekend nanti boleh lah korang mengemas dan buat apa yang patut okay!
1) Jangan menyimpan produk baru yang belum dibuka di dalam bilik mandi (sama ada di dalam rak atau di atas tempat terbuka). Produk kecantikan adalah berunsur sensitif terhadap keadaan simpanan dan sangat mudah terdedah kepada haba dan cahaya. Jadi, jangan biarkan produk kecantikan korang berada di dalam persekitaran yang hangat dan lembap di bilik mandi. Korang harus menyimpan produk-produk baru ini di dalam rak di mana-mana, contohnya, tempat yang gelap, kering dengan suhu biasa.
2) Habiskan produk kecantikan yang telah dibuka sebelum menggunakan yang baru Ya, amat susah nak buat kan. Sebabnya, pengguna produk kecantikan selalunya tak sabar nak lihat kesan produk tersebut. Jadi, mereka lebih cenderung untuk buka beberapa jenis produk kecantikan yang telah dibeli. Ingat ya! Untuk mendapatkan keberkesanan dan mengetahui produk yang manakah paling berkesan dengan kulit, korang hendaklah mencuba satu persatu sampai habis. Sekiranya, korang berpendapat dengan menggunakan 3 atau lebih produk kecantikan yang bertujuan mengecilkan pori-pori pada masa yang sama, korang tidak akan dapat kesan yang paling efektif. Bahkan, korang mungkin sudah merubah keberkesanan campuan produk tersebut dan mendapat masalah lain. Apa yang korang dapat cumalah pembaziran. Sabar dan lihatlah keberkesanan produk kecantikan satu per satu ya.
3) Lindungi produk kecantikan korang yang telah dibuka terhadap keadaan melampau (e.g. panas) Banyak pendapat ahli formulator kosmetik menyarankan agar produk kecantikan yang tidak digunakan diletakkan di suatu tempat di luar bilik mandi. Ia juga sama halnya dengan produk kecantikan yang korang gunakan setiap hari. Ya, nampak tidak praktikal bukan. Tapi itulah yang paling selamat. Walau bagaimanapun, jika korang meletakkan produk kecantikan di dalam bilik mandi, pastikan simpanannya di suatu tempat di mana produk berkenaan dilindungi dari cahaya dan kehangatan haba. Ini kerana, produk kecantikan tidak sesuai dengan keadaan yang melampau seperti terlalu panas dan sejuk.
4) Jangan letak jari korang di dalam produk kecantikan Ya, nampak remeh tetapi ianya dapat meminimumkan pendedahan produk kepada bakteria dan udara sebanyak mungkin. Jangan sentuh krim di dalam balang dengan jadi korang, tetapi gunakanlah spatula (yang sering didatangi bersama produk kecantikan) atau boleh gunakan sudu kopi untuk mengambil sukatan yang diperlukan. Cara ini akan dapat mengelakkan pencemaran dan bakteria yang terdapat pada jari korang. Ingat ya, perhatikan juga penutup krim yang telah dibuka tadi, jangan sampai ada debu atau bendasing yang terlekat sama. Spatula atau sudu yang telah digunakan hendaklah dibersihkan setiap kali penggunaan.
5) Memilih botol/bekas produk kecantikan dengan pam dan tanpa udara Semasa membeli produk kecantikan, pilihlah produk yang datang dalam botol dengan pam atau botol tanpa udara. Ini kerana, korang tidak perlu risau dengan spatula dan memastikan penutup tanpa debu. Ia juga dapat melindungi dari udara dan pencemarah disamping mmelihara kualiti produk dengan lebih baik. Packaging cara ini lebih praktikal dan menjimatlah selain menjaga kualiti.
6) Buat labelling Pengguna produk kecantikan sangat mudah untuk melupakan tarikh tamat tempoh setelah membuka produk. Korang boleh menuliskan tarikh pembukaan pada label dan tarikh tamat tempoh. Dengan adanya label begini dapat membantu korang memantau keberkesanan produk kegunaan harian. Gunakan label kalis air untuk memudahkan korang melihat tarikh dibuka dan tamat tempoh.
7) Buat sukatan tertentu atau lebih kecil Sekiranya korang membeli produk dalam bekas yang besar, seperti sebotol krim 100ml, korang boleh membahagikan kepada botol kecil (contohnya 30ml atau 50ml). Dengan cara itu, korang tidak perlu membuka balang original produk sebanyak 50 kali, sekali gus dapat mengurangkan risiko pencemaran. Korang boleh menyimpan balang besar di tempat yang lebih sesuai semasa korang menggunakan botol 30ml yang telah korang asingkan. Paling penting, jangan lupa membersihkan spatula atau sudu yang digunakan untuk membahagikan jumlah 30ml dari balang original ke dalam balang kecil. Jangan lupa mensterilkan spatula atau sudu dengan alkohol!
Semoga post hari ini dapat membantu korang dalam azam penjimatan untuk tahun 2020 ni. Ingat tau, pastikan produk kecantikan korang tu BERSIH, SELAMAT, dan BEST. Kalau korang suka sangat post ini, jangan lupa ke facebook page NURÉAA untuk #SHARE #LIKE #FOLLOW tau! Korang juga berpeluang memenangi free giveaway dari kami di Europe ni.
Have a nice day everyone!
Comments