7 TIPS PENJAGAAN KUKU YANG SIHAT
- Cik Jojo
- 24 Dis 2019
- 3 min membaca
Updated: 18 Jul 2020
Maklumat berdasarkan kajian saintifik untuk mencari produk berkesan dan selamat, hanya di NURÉAA
So, how's your weekends korang? Cik Jojo harap semuanya best-best saja untuk korang ya. Eh... korang dah check ke siapa yang menang untuk giveaway #2? Untuk yang menang, tahniah dari kami di NURÉAA. Yang tak memang, don't worry tau sebab there are a lot of upcoming giveaway series, termasuklah a SURPRISED BEAUTY BOX, set penjagaan wajah dan sebagainya. Make sure letak SEE FIRST kat facebook korang supaya tak terlepas peluang. Okay lah, for today, jom Cik Jojo cerita sikit tentang penjagaan kuku.
Kuku yang cantik mengambarkan pemiliknya yang rajin dan prihatin. Adakah korang tergolong dalam kumpulan ini? Jika ya, tahniah! Jika tidak, korang masih belum terlambat. Merawat dan menjaga kebersihan kuku adalah penting kerana ianya dapat melumpuhkan tempat bakteria mudah membiak. Bayangkan, korang berkobar-kobar mahu mendapatkan kulit wajah yang cantik tetapi terlupa untuk menjaga kebersihan tangan dan kuku korang. Akhirnya, kesan yang diharapkan tidak menjadi kenyataan disebabkan hal yang dianggap kecil ini. Tips kali ini ialah tentang penjagaan kuku. Berikut adalah beberapa cara yang boleh korang pertimbangkan.
1) Menggunakan sarung tangan Pastikan korang menggunakan sarung tangan ketika melakukan kerja-kerja pembersihan di rumah. Ia dapat melindungi kuku korang daripada kecederaan, luka, atau efek bahan kimia secara terus yang terdapat daripada produk pembersihan rumah. Jangan lupa gunakan sarung tangan getah untuk melindungi kuku korang daripada sabun pencuci pinggan ya!
2) Melakukan produk perawatan dan penjagaan kuku Tips ini simple! Untuk korang yang gemarkan pengguna aseton pada kuku (selalunya terdapat pada produk kosmetik kuku), cuba kurangkan seketika. Biarkan kuku korang bernafas atau regenerasi sel-sel baru sekurang-kurangnya sekali seminggu. Apa yang perlu korang lakukan ialah basuh tangan korang sebelum tidur dan urutkan dengan sapuan krim bervitamin di seluruh permukaan kuku, kutikula dan tangan korang. Hasilnya, pasti memuaskan!
3) Wajib ada kit manicure sendiri dan tidak dikongsi Jika korang menitik beratkan kebersihan kuku, jangan lupa beli kit manicure sendiri ya. Seharusnya, kit tersebut tidak disarankan untuk dikongsi bersama rakan baik atau rakan-rakan lain selain daripada korang sendiri. Terdapat pelbagai kit produk mengikut keperluan korang di pasaran, jadi jangan kedekut demi kesihatan dan kebersihan korang!
4) Tidak mengikir kuku berlebihan Korang nak dapatkan kuku dengan bentuk yang cantik lalu korang gunakan alat pengikir kuku. Tapi ingat ya, jangan terlalu keras atau terlalu berlebihan mengikir kuku kerana ianya akan menghapuskan lapisan permukaan kuku. Apabila ini terjadi, ianya akan membuatkan kuku korang menjadi lemah dan terdedah kepada pelbagai jangkitan berkaitan.
5) Makan makanan yang berkhasiat dan seimbang Walaupun nampak cliche, tetapi inilah adalah kebenaranya. Untuk mendapatkan kuku yang sihat dan berkilat, pastikan korang mengambil makanan seimbang dan berkhasiat. Selain daripada itu, tidur yang cukup juga mempengaruhi kesihatan menyeluruh korang termasuk kuku!
6) Bebaskan atau kurangkan penggunaan pewarna kuku Untuk penggemar produk seni menghias kuku atau mewarnakan kuku, korang harus mempertimbangkan kesan sampingan beberapa bahan kimia yang ada di dalam produk tersebut terutamanya akrilik. Ambil tahu peratusan yang dibenarkan oleh pihak berkuasa, dan apakah ada kesan sampingan yang memudaratkan. Sekiranya, kuku korang bermasalah, jangan gunakan sebarang produk pewarna kuku dan korang harus membiarkan kuku korang berehat sekurang-kurangnya selama sebulan untuk kuku kembali normal, sihat dan kuat.
7) Kurangkan penggunaan bahan kimia
Pada masa kini, industri kosmetik sedang perlahan-lahan berubah kepada model sustainable, natural dan bahan organik. Ini disebabkan oleh kesedaran yang semakin tinggi di kalangan pengguna produk kosmetik, termasuk produk penjagaan dan kosmetik untuk kuku. Walaupun agak mustahil untuk menghasilkan atau mendapatkan produk yang berasakan bahan bukan kimia 100% (termasuk jenama-jenama terkenal antarabangsa), korang masih berpeluang untuk melihat dan membuat pertimbangan kepada produk kosmetik yang mengandungi hanya bebarapa bahan kimia (selalunya untuk stability dan anti-bakteria, dan tahan lama je purpose nya). Jadi jangan lupa pilihlah produk penjagaan dan pewarnaan kuku yang kurang bahan kimianya.
Ingat tau, TIADA PRODUK KECANTIKAN yang 100% NATURAL/SEMULADI/ALAMI! Yang 100% FRESH/SEMULAJADI/ALAMI/NATURAL ni adalah produk yang korang buat sendiri dirumah dan hanya boleh digunakan SECARA TERUS atau paling lama disimpan kurang 24 jam sahaja. All cosmetics products, skincare kiranya produk kecantikan lah senang cerita (yang LEBIH 2 atau 3 minggu ke atas)... MESTI perlukan bahan preservative walau pun produk tersebut berasaskan air. Again, I keep telling you... kenapa ada 100% natural produk claim di pasaran? Jawapannya: LOOPHOLE dalam undang-undang. Bukan saja kat Malaysia tetapi seluruh dunia. Ahli formulasi kosmetik (termasuk lah kami ni) dah berdebat bagai nak rak kat meeting ke conferences ke to not using this claim tetapi masih tiada update. So, it’s not wrong at all when you see the promotion on 100% natural or 100% alami dan sebagainya pada kotak produk kecantikan. Yang mesti aware atau sedar ialah PENGGUNA iaitu KITA SEMUA ni. Jadilah pengguna/customer yang bijak dalam membeli.

Semoga post hari ini dapat memberi sedikit pengetahuan. Kalau korang suka, boleh #SHARE #LIKE #FOLLOW facebook NURÉAA tau! Bukan hanya informasi je, korang ada peluang untuk menang free giveaway! Jom Follow sekarang.
Have a nice day everyone!

Comments