ADAKAH ADA PENYELESAIAN KEKAL UNTUK MASALAH EYE BAGS?
- Cik Jojo

- 20 Jul 2020
- 2 min membaca
Maklumat berdasarkan kajian saintifik untuk mencari produk berkesan dan selamat, hanya di NURÉAA
Hai korang! Last week Cik Jojo dapat soalan ini. Kalau nak tau lanjut, korang kena tanya dermatologist.
👉 As a general answer from general knowledge, pembedahan pembuangan lemak di bawah mata adalah satu-satunya penyelesaian kekal. Sorry to say yang skincare hanyalah offer temporary solution sahaja, tonyoh macam mana pun, sapu berkati-kati pun it works temporarily. Untuk pengetahuan prosedur cosmetic ini dikenali sebagai lower lid blepharoplasty. Prosedur cosmetic ini hanya boleh dilakukan oleh facial plastic surgeons, ophthalmic plastic surgeons, atau general plastic surgeons, BUKAN aestheticians ke beautician ke “doktor” ijazah online ke apOOoo😝... Walaupun dilakukan oleh pakar dalam bidang ini, prosedur ini lazimnya dilakukan sebagai out-patient basis, dan lepas pembedahan tersebut jangka masa nak baik/recover tu hanya beberapa hari.
👉Apa yang menarik tentang prosedur cosmetic ini ialah, kebanyakan orang yang melakukannya, hanya lakukan sekali sahaja sebabnya kebarangkalian lemak tu nak mai semula adalah sangat tipis/kecil. Kalau nak tau lebih lanjut prosedur cosmetic ini, mohon bertanya kepada dermatologists ya! Kalau bab hukum pulak, Cik Jojo also can’t answer, so you all need to ask the appropriate person macam ustazah ke ustaz ke (sebab ada juga yang bertanya, maaf ya).
Semoga post ini sedikit sebanyak dapat memberikan pengetahuan am tentang masalah eye bags (masalah ke ni😅😛? Hehe!😁). Mungkin ada yang struggle dengan masalah eye bags yang terlampau, boleh dapatkan informasi lanjut mengenainya. Kalau nak baca interesting paper mengenainya, ini ada few:
1) Hashem, A.M., Couto, R.A., Waltzman, J.T., Drake, R.L. and Zins, J.E., 2017. Evidence-based medicine: a graded approach to lower lid blepharoplasty. Plastic and reconstructive surgery, 139(1), pp.139e-150e. 2) Scawn, R., Gore, S. and Joshi, N., 2016. Blepharoplasty basics for the dermatologist. Journal of cutaneous and aesthetic surgery, 9(2), p.80. Kalau suka post malam ini, jangan lupa #LIKE dan #SHARE tau. Terima kasih korang dan good night semua.

Have a nice day everyone!


![[SHARING IS CARING] SALAH SATU INGREDIENT BAIK UNTUK JERAWAT YANG JARANG DIBINCANGKAN](https://static.wixstatic.com/media/d8a30b_12935769408b4b1494cf14adec8c2cad~mv2.png/v1/fill/w_940,h_788,al_c,q_90,enc_avif,quality_auto/d8a30b_12935769408b4b1494cf14adec8c2cad~mv2.png)


Komen