Maklumat berdasarkan kajian saintifik untuk mencari produk berkesan dan selamat, hanya di NURÉAA
Hai korang! Kita selalu je dengar atau baca kat mana-mana produk skincare tentang fatty acids ini. Denger cerita, fatty acids ini juga bagus untuk kulit kita – ye ke???🤔🤔. Masalahnya, fatty acids tu apa? Kenapa ianya bagus untuk kulit? Kalau korang berminat nak tahu, teruskan membaca ringkasan post ini ya!😉
👉Kalau korang perasan, dalam sesentagah produk skincare, adalah nampak iklan ke labelling produk ke atau promosi macam “produk ini mengandungi 5 jenis fatty acid (contohnya). Fatty acid ni baik untuk kulit. Fatty acid mempunyai carboxylic acid yang melekat pada rantai hydrocarbon yang panjang, dan contoh fatty acid adalah palmitic acid. Fatty acids digunakan sebagai sumber tenaga utama semasa metabolisme dan sebagai titik permulaan untuk synthesis phospholipids, kategori utama lipid molecules yang digunakan untuk membina membran biologi (secara umumnya terdiri daripada dua fatty acids yang dihubungkan melalui glycerol phosphate ke salah satu dari polar groups). Fatty acids boleh berbeza dalam:
✅ Bilangan carbon dalam rantai
✅ Nombor dan kedudukan carbon
✅ Konfigurasi ikatan tak tepu
👉 Apa yang korang perlu tahu atau senang cakap dalam bahasa marhaen mudah lah ya 😅😝- Fatty acids pada amnya merupakan pusat penggunaan tenaga dalam kulit kita, yang diperlukan untuk membuat kulit baru dan mengekalkan fungsi dan kesihatan.
👉 Semoga post malam ini dapat memberikan satu lagi informasi berguna tentang apa itu fatty acids. Jika korang rasa fatty acids ini baik untuk kulit sendiri, jangan lupa cari produk yang mengandunginya, okay!
Kalau suka post malam ini, jangan lupa #LIKE dan #SHARE tau. Terima kasih korang dan good night semua.
Have a nice day everyone!
Comments