BERAPA LAMA JERAWAT AMBIL MASA UNTUK HILANG?
- Cik Jojo

- 6 Ogo 2020
- 2 min membaca
Updated: 19 Ogo 2020
Maklumat berdasarkan kajian saintifik untuk mencari produk berkesan dan selamat, hanya di NURÉAA
Hai semua! Korang dinner apa malam ini? Mesti makan sedap-sedap lah tu, kan. Apa-apa pun, jangan lupa minum air mencukupi tau dan banyakan sayuran dan buahan segar ya. As a friendly reminder, korang sendiri sedia maklum yang minum air kosong dan diet seimbang dapat membantu mendapatkan kulit yang sihat dan cantik. So, semangat! 🤩
📍 Okaylah, untuk malam ini, Cik Jojo nak sharekan jawapan untuk satu soalan yang ditanyakan oleh seorang sahabat kita dalam page ini. “Berapa lama jerawat ambil masa untuk hilang?”. Cik Jojo berikan jawapan secara am sahaja kerana untuk jawapan yang tepat ia berbeza-beza dan tergantung kepada individu. Secara umumnnya, peningkatan atau pembaikan masalah jerawat ini dapat dilihat sekitar 4-6 minggu pertama selepas menjalani rawatan daripada dermatologist. Jika sesi rawatan dan ubat-ubatan yang diberikan diikuti dengan disiplin, kesan yang optimum dapat dilihat dengan lebih cepat. So, jangan lupa ikut nasihat your dermatologist okay! 😉
📍 Selain itu, rutin penjagaan wajah juga penting dalam membantu mengatasi masalah jerawat tersebut. Kalau korang diberikan atau disarankan untuk sesuatu produk khas untuk masalah jerawat daripada dermatologist, ikut seperti yang disarankan. Jangan pula bila terlihat iklan “before and after” terus melupakan ubat atau produk yang diberikan khas tadi. Ya, memang ada sesetengah orang begini. Ini disebabkan oleh pengaruh iklan seperti “berkesan dalam masa 3 hari”, atau iklan bergambar “before and after”, dan sebagainya. As a friendly reminder, berikan selama sekurangnya 28 hari untuk melihat kesan daripada ubat mahupun produk skincare kerana pada waktu ini lah kulit kita mengalami proses lifecycle mereka. 😍
📍 Semoga post ini bermanfaat dan dapat dikongsikan bersama yang lain. Mudah-mudahan ianya dapat memberikan kesedaran dan melakukan tindakan yang betul dalam skincare journey! Sabar dan konsisten okay!

Have a nice day everyone!


![[SHARING IS CARING] SALAH SATU INGREDIENT BAIK UNTUK JERAWAT YANG JARANG DIBINCANGKAN](https://static.wixstatic.com/media/d8a30b_12935769408b4b1494cf14adec8c2cad~mv2.png/v1/fill/w_940,h_788,al_c,q_90,enc_avif,quality_auto/d8a30b_12935769408b4b1494cf14adec8c2cad~mv2.png)


Komen