BERHATI-HATI DENGAN ‘KLINIK’ ATAU ‘AESTHETICIAN/DOKTOR’ TIDAK BERLESAN DAN BERTAULIAH
- Cik Jojo
- 23 Okt 2020
- 2 min membaca
Maklumat berdasarkan kajian saintifik untuk mencari produk berkesan dan selamat, hanya di NURÉAA
Hai semua! Tajuk mengundang betul kan? Sebab itu Cik Jojo letakkan tanda ‘ ‘. Maksudnya ia merujuk kepada mereka yang tidak berlesan, tidak bertauliah, tiada pengalaman sebenar di atas tiket nama-nama yang boleh dipercayai seperti klinik, doktor, aesthetican dan sebagainya. Pada hari ini terlampau banyak salon-salon, spa-spa, dan ‘klinik’ kecantikan yang tumbuh macam cendawan selepas hujan selain daripada masalah produk timbang kilo yang tidak selamat. Naik pening dan sangat mengelirukan kepada pelanggan.

Memiliki perniagaan salon, dan spa tentunya TIDAK menyalahi undang-undang, tetapi yang menjadi kesalahan besar apabila perkara yang melibatkan prosedur klinikal dan penggunaan device atau bahan kimia dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab dan tidak bertauliah, lebih parah lagi tidak berlesen. Prosedur ini termasuklah prosedur kosmetik yang sangat biasa kita dengar seperti liposuction (bahasa marhaen sedut lemak), chemical peels, laser, rawatan jerawat, botox, dan beberapa lagi. Sebab itu berulang kali Cik Jojo bagitahu, jika sangat berminat untuk melakukan rawatan atau prosedur kosmetik ni, segeralah berhubung dengan doktor atau lebih tepat lagi dermatologist yang bertauliah dan berlesen. Khidmat nasihat dan beberapa treatment yang bersesuaian dengan jenis kulit, kondisi kulit serta budget kita, akan mereka jelaskan dengan terperinci.
So, apa je yang aesthetician atau beautician kat salon atau spa boleh lakukan?
Cik Jojo pernah postkan perbezaan di antara pekerjaan dermatologist dan aesthetician/esthetician/beautician ni. Korang cuba search kat tab, nanti jumpa atau klik SINI untuk lebih cepat. Selain itu, Cik Jojo pernah juga share kan beberapa tips untuk mencari aesthetician/beautician yang bagus, berlesen dan bertauliah untuk mendapatkan khidmat facial, spa dan non-klinikal service yang lain, pun korang boleh search je keywords aesthetician/beautician ni atau klik SINI. Jangan lupa baca tau, mudahan dapat membantu dan meningkatkan kesedaran.
Oh ya, untuk pengetahuan semua, nak jadi aesthetician atau beautician pun memerlukan skills tertentu serta qualitification dan bukan hanya attended courses dengan ada “certification of completion” sahaja ya. So, fikir-fikirkan… nampak macam tak bahaya sebab prosedur kecantikan jer, kan. Sebenarnya, it’s more than that, sebab itulah memerlukan kepakaran. Antara institusi yang diiktiraf oleh kerajaan yang menawarkan qualification aesthetic ini termasuklah UCSI (boleh gi check kat website depa na).
Berita ini mungkin ada yang sudah mengetahuinya. Ia sekadar perkongsian dari MSN.com untuk pengajaran dan panduan kita bersama..
Sumber/rujukan: msn.com
Have a nice day everyone!

Comments