[K-BEAUTY SERIES] 4 PRODUK SKINCARE YANG DAPAT MEMBANTU TEKSTUR KULIT ALA KOREA
- Cik Jojo

- 15 Okt 2020
- 2 min membaca
Maklumat berdasarkan kajian saintifik untuk mencari produk berkesan dan selamat, hanya di NURÉAA
Hai semua! Untuk K-Beauty hari ini, CiK Jojo Cuma nak highlightkan 4 jenis produk skincare yang dapat membantu tekstur kulit yang banyak dilakukan orang orang Korea Selatan. So, untuk mereka yang nak cuba cara ala orang Korea mengatasi atau meningkatkan skin texture, jom kita lihat apakah 4 jenis produk skincare tersebut.

1) Lakukan double cleansing setiap hari. Untuk mereka yang tidak biasa dengan cleansing oil atau cleansing balm, jangan lupa cari post mengenainya dalam page ini ya! Nampak simple jer kan, gunakan cleansing oil dalam rutin seharian tetapi hasilnya sangat bagus. Ini kerana ia dapat menyingkirkan segala kotoran yang tidak dapat disingkirkan oleh water-based cleanser biasa. So, please take note tentang kepentingannya.
2) Gunakan produk yang ada AHAs sekurang-kurangnya sekali seminggu dan tidak melebih 3 kali. Ianya sangat penting untuk membantu meredakan atau menyingkirkan bumpiness yang ada pada kulit kita. Walau bagaimanapun, jangan terlampau kasar atau over-exfoliate ya sebab ia boleh mendatangkan irritation atau redness kepada kulit.
3) Cari moisturiser yang dapat memberikan hydration dalam tempoh yang panjang (selalunya berlabel long-lasting hydration). Selalunya, kulit tidak akan menjadi lembut dan licin disebabkan oleh penggunaan moisturiser yang salah dan produk moisnturiser yang tidak tepat dengan kulit kita. Malah, ramai pula yang skip menggunakan moisturiser sebab rasa tak penting. Moisturiser adalah antara step paling asas yang patut dilakukan dalam rutin skincare. Jika tidak selasa atau terasa berminyak, melekit atau mendatangkan jerawat, itu bermaksud produk moisturiser tersebut tidak sesuai dan tidak tepat. Mesti cari moisturiser yang tepat dan betul, okay!
4) Gunakan facial oil pada rutin skincare waktu malam (PM routine). Walaupun kita mempunyai kulit jenis berminyak dan acne-prone, penggunaan facial oil akan dapat memberikan 100% perubahan terhadap skin texture (tekstur kulit kita tau). Ini kerana facial oil dapat membantu nourish kan kulit, perlindungan kepada skin barrier, dan membaiki tekstur kulit untuk jangka masa yang lama. Walau bagaimanapun, penggunaan facial oil yang tepat untuk sesuatu jenis kulit itu perlu dititik beratkan. Jangan lupa untuk search kat page ini facial oil yang bersesuaian dengan setiap jenis kulit ya. Cik Jojo pernah sharekan tidak lama dahulu.
Semoga 4 tips penggunaan produk skincare untuk membantu meningkatkan tekstur kulit ala Korea ini dapat membantu dalam skincare journey korang terutamannya untuk mereka yang mempunyai skin concern rough texture skin, atau tekstur kulit tidak sekata. Good luck dan selamat membuat pilihan yang tepat untuk kulit kita. Remember, always listen to what your skin needs.
Have a nice day everyone!


![[SHARING IS CARING] SALAH SATU INGREDIENT BAIK UNTUK JERAWAT YANG JARANG DIBINCANGKAN](https://static.wixstatic.com/media/d8a30b_12935769408b4b1494cf14adec8c2cad~mv2.png/v1/fill/w_940,h_788,al_c,q_90,enc_avif,quality_auto/d8a30b_12935769408b4b1494cf14adec8c2cad~mv2.png)


Komen