K-BEAUTY SERIES: BERIKAN HYDRATION TERUS KE DALAM KULIT DAN LEBIH KERAP
- Cik Jojo

- 23 Sep 2020
- 2 min membaca
Maklumat berdasarkan kajian saintifik untuk mencari produk berkesan dan selamat, hanya di NURÉAA
Hai semua! Untuk K-Beauty series kali ini, Cik Jojo nak sharekan tips paling penting dalam penggunaan produk skincare oleh orang Korea Selatan. Tentu semua orang sedia maklum yang dalam rutin penjagaan wajah orang Korea ni, hydration adalah ciri paling utama mereka akan pertimbangkan sebelum membuat pembelian produk kecantikan. Nak tahu kenapa? Jom baca.
Efek dewy dan kulit licin adalah ciri paling utama yang disukai oleh kebanyakan orang Korea Selatan, sama ada lelaki mahupun perempuan. Ia bertentangan dengan filosofi atau kesukaan orang Barat yang lebih gemarkan efek matte complexion. Sebab itulah kalau di Korea Selatan, terdapat banyak produk skincare yang membantu kulit mereka menyediakan untuk tujuan ini, salah satunya hydration products. Sebab depa nak nampak luminous dan glowing.
Oh ya, maksud dewy bukannya berkilat-kilat melekit ya (efek dewy TIDAK merujuk seperti kita sapu primer atau foundation yang boleh kita feel there’s a layer) tu. Efek dewy ni, memang kulit terasa lembab dan licin tapi tidak berminyak. Ia adalah sangat berbeza atau opposite dengan masalah kulit berminyak atau oily face. Dewy look adalah kulit licin tapi tidak terasa tegang atau ketat, tidak berminyak tetapi lebih nampak fresh dan tentunya tidak melekit (atau berlengas).

Dalam rutin penjagaan wajah seharian orang Korea Selatan, rata-rata mereka memberikan hidrasi kulit dengan produk facial mists dan moisturiser untuk beberapa kali sehari dan mengatasi masalah udara yang mengeringkan kulit dengan humidifiers. Bukan itu sahaja tau, trend penggunaan facial sheet masks dan sleeping packs (sleeping masks) juga adalah sangat popular dan common di Korea Selatan untuk membantu kulit mereka mengekalkan hydration dan seperti apa yang skin goal mereka mahukan.
So, sekarang korang nampak tak kenapa lah beratus brand dari Korea Selatan jual facial mists, moisturiser, sleeping mask, sheet masks sampai customers pun naik pening nak beli. Ia berhubung kali dengan trend dan permintaan pasaran di sana. Apabila trendsetter di sesuatu tempat itu menjadi viral atau ikutan, ia dapat mencipta fenomena luar biasa untuk pasaran.
Semoga perkongsian ini dapat dimanfaatkan bersama ya! Jangan lupa tau, kalau suka post ini #LIKE dan #SHARE supaya kita sama-sama dapat kongsi pengetahuan dalam industri ini
Have a nice day everyone!


![[SHARING IS CARING] SALAH SATU INGREDIENT BAIK UNTUK JERAWAT YANG JARANG DIBINCANGKAN](https://static.wixstatic.com/media/d8a30b_12935769408b4b1494cf14adec8c2cad~mv2.png/v1/fill/w_940,h_788,al_c,q_90,enc_avif,quality_auto/d8a30b_12935769408b4b1494cf14adec8c2cad~mv2.png)


Komen